Monday, December 24, 2012

ayah, cerita hantu dan fauziah ghous

malam tadi...
di ruang tamu rumah tercinta...

ayah : cerita apa lepas nih? (sambil mengusap-usap perot sendiri)
sheda : cerita hantu kelako
ayah : hantu melayu?
sheda : ha'ah

aku hanya memandang saja.. perbualan dua-beranak ni... rasanya takde apa yg perlu untuk aku jawab bagi soalan ayah tu.. lagipon sheda dah sukarela untuk menjawabnya...

ayah : cerita apa nih?! (dgn nada terkejut)
sheda : cerita hantu kelako lah.. tadikan dah kata..
ayah : ayah tak minat betol cerita hantu melayu.. tak menakotkan langsung!

dah mula daaaa...

ayah : hantu melayu semua tak logik.. nampak sangat orang melayu ni kalau mati jadi hantu... dah tu bole balas dendam pulak tu...
aku : balas dendam??
ayah : yelah balas dendam.. macam cerita sarakit tu... 
aku : tapi ayah tengok jugak...
ayah : apa??!
sheda : ayah-lah tak suka tapi tengok jugak... 
ayah : ayah cuma nak tengok fauziah ghous tu je.. (cakap kuat-kuat)
emak (kat dapur) : amboiiii !!! awak tengoklah fauziah ghous tu sampai haus.. takde maknanya-lah fauziah ghous tu nak kat awak... dah tua dah pon..
ayah : kan kan aku dah agak daaaa...

aku dan si sheda mampu gelak je.. ayah aku ni saja je buat mak aku membebel.. hilang dah cerita pasal hantu melayu tadi.. ha ha ha! 

nota lutut : fakta mengatakan kaum lelaki ni kalau makin tua makin romantik.. betol-lah tu

Saturday, December 22, 2012

Missing something.

aku rindu saat tu... saat aku bekerja kat utmspace beberapa bulan yang lepas.. selalu je aku ada masa nak update blog.. pantang takde kerja, mesti aku ngular kejap (kekadang lama jugak aku ngular).. curi-curi nak update blog.. kadang-kadang tu ada kerja pon sempat je aku update blog... pernah jugak satu hari sampai tiga, empat entry aku update... berlambak-lambak je idea aku nak tulis... 

sekarang nih.. memang-lah aku masih menulis.. tapi dah tak sekerap dulu.. tu pon setiap kali aku nak update.. aku ibarat kekeringan idea... penulisan aku dah tak menarik perhatian bloggers dan blogwalkers...  bukan takat mereka, aku sendiri tak tertarik dengan penulisan sendiri...

macam sekarang nih la.. aku takde idea nak menulis sebenarnya.. haihhh..

hmm.. let's sing together-gether... my favourite song @ lagu sebelum tido...


nota lutut : hari-hari jusco bukak lagu nih... mungkinkah lagu ini juga lagu favourite manager jusco?

Tuesday, December 18, 2012

I wonder when...

sepuluh hari selepas entry yang lepas... 

hmm aku sedang stress dan kurang rehat sekarang nih... stress kerja dan ragam staff yang menyerabotkan.. even aku tengah cuti macam harini aku tak duduk kat rumah... sebab aku tak rasa yang duduk kat rumah bole buat stress aku hilang... so aku keluar jumpa kawan aku, nad dan yam... teman beliau makan tengah hari..

lagipun lepas yam kahwin haritu, aku tak jumpa pon si pengantin baru.. dah lah aku tak pergi majlis beliau.. sorry-lah yam.. aku kerja.. bukan sengaja.. pape-pon tahniah dan semoga bahagia kekal ke anak cucu.. muahh muahh hamek berkat.. hahah! pada nad, tahniah juga sebab dah jadi mom-wannabe... i'm happy to see both of you happy... 

lagi satu, tahniah jugak kat kawan aku hana yang baru saja bertunang minggu lepas... congrats sayang!! 

nota lutut: asek aku je ucap tahniah kat orang, bila-lah agaknya turn orang lain nak ucap kat aku ek...

Saturday, December 8, 2012

Aziera Adenan's Segmen

Kali ini aku berkesempatan men-joinkan diri dalam satu segmen.. walau tak dijemput.. tapi setelah membaca sebuah entry dari kawan aku (anom-lah siapa lagi) tentang segmen ini... ia nampak sangat menarik dan simple.. maka dengan masa yang terlebih ini, aku gunakan untuk membuat sebuah entry sekali-gus menjoinkan diri dalam segmen milik Cik Aziera Adenan . Let's get it started !

1. Nama : Wanda Azahar... nama komersial aku (lah sangat)

2. Umur : 22.. semoga wanda panjang umur..

3. Tarikh Lahir : hari ke-8 dalam bulan Februari

4. Sekolah : SMK Taman Mutiara Rini... lebih kurang 5 tahun jugak aku tinggalkan sekolah...

5. Hobi : takde yang tetap.. selalu tukar-tukar.. setakat nih suka dengar lagu... baca komik.. 

6. Bakat lain : Sempoa (style uh!)

7. Personaliti : hmmmph..

8. Warna kegemaran : merah, purple, biru dan coklat 

9. Makanan kegemaran : mak masak, sushi king (makan selagi hidop)

10. Minuman kegemaran : teh 'o' emak...

11. Nombor kegemaran : 2... everything will happen twice... pilihan bole buat 2 kali.. masok ketiga dah ke-lain.. 2 bermaksud aman.. tak caya ce-buat peace.. ada ke peace guna 1 jari, 3 jari or 4 sampai 10, huh?

12. Perkara yang paling membuat anda stress : me, myself and I... sebab aku seorang yang suka fikir berlebih-lebihan sehingga membuat diri sendiri risau dan stress... harus diubah!

13. Mood anda ketika ini : stabil... belum masuk air lagi buat masa nih...

14. Filem yang membuat anda mengalir air mata : wild romance, heartstrings, secret garden (tapi nih drama-lah, huh?), kal ho naa ho... teresak-esak uh! jangan memain...

15. Harapan masa depan : kereta, rumah, kahwin?? =O

16. Nama kawan baik anda : semua kawan aku baik dengan aku.. Alhamdulillah.. so no need to write her or his name.. 

17. status anda? [single/taken/married/etc] : married to my family

18. Apakah benda yang anda inginkan sehingga kini : benda yang belum aku miliki.. cewah!

19. Haiwan kegemaran : kura-kura 

 kura-kura saya - Lituk 

20. Luar negara yang ingin anda melancong : Korea, Japan

21. Siapakah idola anda : Ayah dan emak

22. Tempat yang paling indah pernah anda lawati : Tasik Kenyir kot...

23. Adakah anda takut pada hantu : takut tak.. seram-seram sejuk je... Allah mencipta manusia semulia-mulia makhluk... I believe of this words..

24. Siapakah orang terakhir yang telah buat anda ketawa : emak rasanya... 

25. Jika anda memiliki RM1 juta, apa yang anda akan buat dengan duit tu: spend for family dan diri sendiri... spend secara bijak... lengkapkan kekurangan tapi tidak secara berlebihan.. insya'Allah..


nota lutut : dah macam buat bio-grafi dah gaya... (terkenang zaman sekolah rendah)

Sunday, December 2, 2012

serupa tapi tak sama.

Sebelum nih kawan aku (anom) ada suruh join satu segmen berkait dengan pendefinisian kawan, teman dan sahabat. Tapi oleh kerana masa aku yang sangat terhad, aku tak sempat nak join segmen tersebut. 

Walaubagaimanapun... aku berminat dengan istilah kawan, teman dan sahabat... ramai orang suka membezakan tiga perkataan ini dengan definisi yang berbagai-bagai... maka sekarang, aku pulak nak definisikan ketiga-tiga-nya dengan definisi aku sendiri.. insya'Allah dengan secara ringkas..

kawan - ia melibatkan sejumlah manusia... kawan sekolah, kawan serumah, kawan kolej, kawan satu ofis dan sebagainya... kawan adalah orang yang baik dengan kita... orang yang pernah sama-sama dengan kita... tak kira-lah sesekali atau selalu dengan kita...

teman - ia melibatkan seorang atau mungkin dua orang... teman adalah yang paling rapat.. yang paling karib... sentiasa ke hulu-ke hilir dengan kita... share itu dan ini... tapi pada aku teman mampu tinggalkan kita... walau rapat mana sekalipun..

sahabat - ia hanya melibatkan seorang sahaja... susah, senang, suka, duka dengan kita... walau jauh mana kita berada.. walau hari-hari tak bersama... namun hari-hari ingat kita.. walau bukan hari-hari berhubung... namun nasihat sentiasa mendorong... sahabat adalah yang sejati..

dan yang ramai-ramai yang pernah kita jumpa... "eh hai, apa khabar?" "bye, jumpa lagi.. insya'Allah.." adalah kenalan kita... 


nota lutut : aku bukan pakar bahasa.. kalau silap, harap dapat perbaiki..

Wednesday, November 21, 2012

tak bole jadi nih.

Situasi satu

si polan A: hai ! (muka teruja)
aku: eh hai ! 
si polan A: kerja kat sini ke? (soalan bodoh)... ingat kita tak?
aku: ingat apa tak ingat pulak... shopping ke? (aku pon nak tanya soalan bodoh lah gitu)

sebenarnya aku tak ingat sape pon si polan tu... macam mana dia kenal aku? kat mana pulak aku dan si polan ni jumpa? kenapa dia ni beriya sangat ni? dia tahu tak yang aku tak ingat langsung dia.. sampai sekarang aku tak ingat.. kah kah..

Situasi dua

si polan B: eh kerja kat sini pulak... dah tak kerja kat space ke?
aku: a'ah... dah habis kontrak dah... kerjalah sini sementara tunggu yang tetap
si polan B: oh yeker... 
aku: ha'ah... he he he (takde idea nak cakap apa)

sebenarnya si polan B pon aku tak kenal.. tak ingat... mana pulak aku jumpa... bila masa pulak aku berkenalan dengan beliau... 

Situasi tiga

si polan C: eh kamaliah ! awak ada nampak budak P1 wimax ni tak? (cakap dalam bahasa cina)
aku: siapa?? (bahasa melayu)
si polan C: itu P1 wimax punya boy.. (bahasa melayu)
aku: dia pergi toilet... 

macam mana amoi ni tau nama aku? kenapa dia cakap cina? mana dia tahu aku tau cakap cina? 

konversation bahasa cina
si polan C: awak tak kenal saya ke? 
aku: macam mana awak tau saya tau cakap cina? macam mana awak tau nama saya kamaliah? 
si polan C: saya satu kelas dengan awak masa sekolah cina dulu.. saya duduk belakang awak
aku: se meh? (memory on progress)

menjadi-jadi masalah pelupa aku ni... tak kenal orang... tak hingat barang... mujurlah budak cina tu aku dah hingat... itu pon lepas aku belek majalah sekolah rendah dulu... dah tua sangat ke aku? tapi amoi tu sama umur je dengan aku, bole je hingat aku... ni mesti kes aku telan banyak sangat semut... hik hik... dah macam tenggiling pulak dah makan semut... hu hu inilah bahananya sifat aku yang suka bertangguh.. memori pon jadi lemah... 

tapi cina tu aku tak ingat, atas sebab aku bertangguh ke? =O


nota lutut: nama saya, nur kamariah wahiddah. =)

Thursday, November 15, 2012

restless

aku off hari ni... ha ha ha... dari mula aku kerja aku cuma hamek cuti 3 hari je untuk pergi konvo hari tu...itu pon tak macam bercuti... penat sangat ke hulu ke hilir menyiapkan diri untuk hari bersejarah... lepas-lepas konvo je aku terus balik JB, sebab ke-esokkan hari-nya aku kena kerja full day... restless...

dan hari ni aku off ingat nak rehat puas-puas kat rumah... tapi bole pulak dilanda demam selsema... makin letih pulak aku rasa... nasib baik tak kerja... kalau tak, nak kerja pon tak selesa... aku harap esok nak pergi kerja aku dah sihat sikit... 

apa-apapun, salam maal hijrah... aku doakan yang baik-baik bagi yang berhijrah ke jalan-Nya... dan aku harap aku juga lepas ni dapat berhijrah untuk menjadi orang yang lebih kuat dan tabah hati dalam menghadapi sesuatu... amin...


nota lutut : you can't dream your problems away, the solution is to wake up and pray.

Sunday, November 11, 2012

Hadiah buat setiap kamu...

dari tadika sampai sekolah rendah... aku pilih sekolah cina... entah aku pon tak tau kenapa sekolah cina yang aku pilih... kak shida dan amir tak pulak nak pilih sekolah cina... maka ayah dan emak hantar aku pergi sekolah cina... mereka gembira dengan pilihan aku... mereka tak kisah kalau duit banyak habis.. asal aku belajar rajin-rajin... 

sampai sekolah menengah... aku pilih sekolah melayu.. mereka turutkan.. tak kisah asalkan aku sekolah... asalkan itu adalah terbaik untuk aku... sampai masuk universiti.. aku cuba usaha, usaha dan usaha... untuk aku... untuk mereka... pernah aku terdetik nak berhenti belajar... takot nak hadap dugaan perit... pedih... lagi pedih sebab jauh dari mereka... tapi kerana mereka juga aku kuat... demi mereka aku teruskan...

hasil usaha gigih aku bagaikan kemenangan... hadiah buat mereka... 







terima kasih juga pada semua yang sentiasa bersama hingga aku ke puncak kejayaan.

Tuesday, October 30, 2012

counting the days

hai ! aku update blog hari ni... sebenarnya aku takde idea pon nak update blog untuk kali ni... tapi tangan aku macam gatal sangat tekan batang pensel tu... nak update entry baru... hari ni aku kerja pagi.. sampai pukul 7 petang tadi.. itu yang sempat nak update blog.. dah berapa hari ni aku kerja sampai malam.. balik kerja, mandi makan dan terus tidur.. tak sempat nak fikir benda-benda yang lain.. kadang-kadang nak mandi pon malas.. sebab dah tak larat sangat.. kalah orang kerja buruh... nasib baik aku jenis orang yang mandi ke tidak.. memang sentiasa wangi.. heeeehehe (gelak hantu)

takpe hujung minggu ni aku amek cuti 3 hari... bole santai-santai... jalan-jalan... sebab hujung minggu ni adalah majlis konvo yang dinanti-nantikan... tak sabarlah hai.. apa rasa agaknya masa hari konvo nanti... last sekali aku konvo 16 tahun yang lepas.. masa tamat sekolah tadika.. kekeke.. 

kesimpulannya ialah tungu ajelah entry aku seterusnya tentang majlis konvo aku... sekian..


nota lutut : tapi aku masih sempat fikir satu perkara.. ho ho ho.. =P

Friday, October 26, 2012

raya haji dan kerja.

apa-apapun aku ucapkan dulu "Selamat Hari Raya Aidiladha" pada semua umat islam seantero dunia... Pengorbanan dengan doa dan kesabaran nikmatnya adalah indah... Insya'Allah... semoga tercapai dengan rahmat-Nya dan di-lindungi dari kekecewaan dan hampa perasaan.. amin..

hmm tak pernah seumur hidup aku tak sambut raya haji... tapi tahun ni lain... esok raya haji tapi aku kerja pulak... nasib baiklah aku kerja pagi... taklah sampai ke pukul 11 baru aku nak balik rumah... tapi still sama jugak... pagi raya orang sibuk dengan qorban... aku pulak kena siap-siap pergi kerja... walau aku tahu bukan aku sorang je yang kerja pada hari raya esok...

Lebih kurang seminggu dah aku start kerja... Alhamdulillah okay dan seronok... walaupun penat... biasalah kerja mana yang tak penat... aku gembira sangat dapat kawan sekerja yang best.. kalau termasuk aku... ada 4 orang yang kerja kat situ... aku, kak sharina, dan dua orang budak cina yang comel, yin xiang dan yeong kang (aku sertakan nama-nama beliau, jadi lepas ni senang nak cerita)...

hari-hari aku bertemankan cerita-cerita menarik berkenaan dengan pelanggan-pelanggan yang bermacam ragam... dengan karenah yin xiang dan yeong  kang yang lagi bermacam-macam... hu hu hu... takpelah itu akan aku ceritakan lain kali... apapun aku bersyukur kerana di-hiburkan hati... dan di-isikan masa dengan benda yang berfaedah.. daripada aku terbongkang tidur... ye dok? 


nota lutut : apa agaknya yang lembu kambing tengah fikir sekarang ek?

Wednesday, October 24, 2012

yang terpaling ikhlas.

perihal kelmarin sudah selesai... Alhamdulillah... aku ni yang cepat panik bila berdepan dengan masalah begitu.. bukan apa, aku memang takut bila berdepan dengan masalah yang bernama "duit"... kalau setakat singget dua aku bole tenang... inikan pula beratus... kesilapan staff lain adalah kesilapan aku juga...  takpelah.. hikmah-nya aku pelajari... insya'Allah lepas ni takkan berlaku lagi... amin...

hari ni aku sangat-lah penat... kerja full dari pagi sampai malam... macam nak putus kaki aku... customer suam-suam kuku pulak hari ni... tapi tak bole nak relax jugak... sebab kerja aku memang tak dibenarkan duduk... 

tapi kepenatan aku terubat bila dekat pukul 10 malam tadi... ada seorang pelanggan lelaki mendukung seorang baby... belum setahun umur-nya... mungkin 3,4 bulan kot... sambil aku melayan si ayah yang bertanyakan harga sehelai jeans... baby tu tersenyum luas kepada aku... luas sangat... wah! perasaan apa yang aku rasa ni?? hilang penat... leganya hati... ikhlasnya senyuman awak, sayang... aku membalas senyuman dia... harap dia turut rasa keikhlasan aku... makin luas senyuman di-beri... Ya Allah... sejuknya hati... terima kasih kerana singgah... awak hiburkan hati kakak... kakak doakan awak jadi anak yang baik... amin =)


di-antara senyuman yg terpaling ikhlas..
qhalish (anak abang sepupu-ku)
lapang dada... tenang hati...


Monday, October 22, 2012

Pusing pusing pusing kepala ini...

hoi haiiii... aku tengok dah takde sape sangat yang nak singgah blog aku.. maklum-lah pada aku... seorang amatur dalam penulisan blog... he he he... (tetibe rendah diri puihhh!) hmm aku dah jarang nak update blog... aku kurang masa sekarang ni... rindu sangat zaman rajin meng-update dolu-dolu... yelah aku baru je mula kerja 3,4 hari lepas di sebuah kedai seluar jeans B.U.M di Jusco Taman Universiti... baru 2 hari bukak... sila singgahlah ye... mana yang dekat-dekat tu... ada diskaun dan promotion sampai hujung bulan ni... jangan ketinggalan!! seluar cantikkk... murah murahhhh (sempat promote)

hmmm sebenarnya aku risau dan tak bole nak tido sekarang ni... bila nak lelapkan mata je... mata, hati, dan fikiran sibuk buat kira-kira... resah gelisah sebab ada kesilapan staff lain petang tadi bila menggunakan kaunter... aku sebagai orang in-charge harus bertanggungjawab menyelesaikan masalah  tersebut... biar aku senang, beliau pon senang.. so, kami tidak akan di-marah oleh lau-pan (boss dalam bahasa cina)... maka selagi tak sampai hari besok... aku tak dapat nak tido dengan nyenyak... dan bila dah sampai besok pon aku tak dapat nak tido jugak... sebab aku kerja full day... haihhh bilalah nak besok pagi... susahnya hati aku... dah pukul 4 dah ni... dah naik pusing dah kepala aku ni... Ya Allah permudahkanlah urusan ku, lapangkanlah dada ku dan terangkanlah hati ku... amin...

anyway... aku akan cuba cari masa untuk menulis blog... bukan saja untuk berkongsi cerita... ini kerana aku suka menulis =))


nota lutut : Happy birthday Sarah baby... maafkan aku kerana lambat wish... bukan lupa tapi kerana aku sibuk mencari nafkah... untuk kau jugak... kekeke

Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday #4


Beautiful picture with beautiful words.


credit to: Intan Azhani

Monday, October 15, 2012

Kegemaranku

Tengok apa yang aku beli tadi... cantik tak? tiiiihehehe... 

sepit sanggul

okay nak dijadikan cerita... aku ni tak gemar nak lepas rambut... sebab rambut aku yang panjang dan mengerbang bila kering sangat...  dah macam hantu kak limah dah aku tengok bila time rambut aku tak dengar kata walau sikat macam mana sekali-pon... plus aku ni cepat berpeluh bila musim panas... maka aku lebih suka ikat/sanggul rambut... kekadang aje yang aku lepaskan rambut... tengok situasi... bila dah suka ikat rambut tu... macam-macam aksesori rambut-lah aku akan beli... skarf warna-warni... skarf ada bunga.. sepit tu sepit ni... chopstik rambut... getah rambut... dan sebagai-nya...

ni nak tanya lagi sekali ni... pada yang menyinggah blog aku sekarang ni... cantik tak sepit sanggul yang aku baru beli tu? cantik kan? cantik kan?! aku tau daaaa cantik... he he he 

nota lutut : warna hitam sesuai dengan semua warna bukan?

Wednesday, October 10, 2012

Setiap petang.

kebosanan

Selamat petang ! Syok-nya tengok korang-korang semua sibuk dengan kerja... jeles gitu.. takpe-takpe lagi satu, dua jam lagi dah waktu balik dah... korang mesti tengah goyang-goyang inul kan tunggu waktu habis kerja... jangan stress-stress.. buat kerja slow-slow sambil menyanyi kecil... sure tak tension punya... 

ke korang nak aku yang nyanyi-kan... alang-alang aku tengah boring takde kerja nih... ho ho ho... actually yang boring dan tension adalah aku... dok terperap je kat rumah.. takde benda nak buat... memang setiap hari aku macam gini...

lepas bangun tido tadi... makan... tengok cerita hindon.. dah tu dah dok melangok je pulak... sambil mengenang-kan cerita hindon yang menyakitkan hati aku tadi... siapa-lah tuan derektor-nya... tak bole buat cerita tu menarik sikit ke? asyik zoom in zoom out je lubang hidung pelakon-pelakon cerita tu... agaknya orang hindon ni suka buat terkejut ke... pak-kal aku takde kerja... kalau tak memang aku tak tengoklah cerita hindon nih... haihhh nasib-nasib...

nota lutut : mana nak? buat kerja ke tengok cerita hindon? 

Sah !

melalui email hari tu, pihak Uniten meminta aku semak status untuk hari konvo aku... kata-nya hari ni lah (10 Oktober)... aku fikir aku nak semak bila dah siang nanti je... alih-alih bila aku tengok kawan-kawan Uniten dah update fesebuk beliau dengan riang sekali... mengatakan tarikh untuk hari konvo dah pun di-tetapkan... aku mula tak sabar... cepat-cepat pergi semak...

akhirnya... dah confirm dah pon... tak sabarnya nak tunggu tarikh ni... punya-lah kecoh haritu kawan-kawan kata kami konvo tahun depan... pulak daa.. ini dah kurang dari sebulan je nih... seronoknya la haiii... hari yang ditunggu-tunggu akan tiba... penat-lelah aku selama 4 tahun... sampai ke penghujung... segulung kertas menjadi kebanggaan keluarga tercinta... menandakan aku sebagai graduan sarjana muda telah menamatkan pelajaran dengan gemilang sekali...

dan dan tu jugak, aku update blog... bukan nak menunjuk ke apa, saja nak kongsi perasaan gembira aku pada semua... tak salahkan.. perkara baik.. ecewah! he he he

Alhamdulillah... ini-lah hadiah untuk emak dan ayah... 


nota lutut : terima kasih Mara.. tanpa-mu, susahlah aku selama ni... nanti aku bayar balik duit kau ek...janji tetap janji.. janji di-capati...

Tuesday, October 9, 2012

apa beza aku dan beliau?


aku hairan dengan orang-orang yang di-gelar "kaki shopping" nih... macam mana beliau-beliau bole bershopping-sakan macam gitu... ada aje barang yang beliau-beliau nak beli... 

beliau pegang, kemudian campak dalam trolley.. pegang yang lain pastu campak dalam trolley lagi... kalau baju pulak... hamek sebanyak yang mungkin... try-try kat fitting room.. kemudian "saya nak yang ini, ini, ini.. dengan ini.." (dari apa yang aku pandanglah)... kalau aku tolong bayarkan tu, pengsan berbuih mulut kat situ jugak

adakah sebab aku ni bukan kaki shopping dan sangat memilih? habis orang kaki shopping ni tak memilih ke? tapi sebenarnya aku sangat suka teman kan si kaki shopping bershopping... seronok sebab ada je benda yang beliau-beliau tahu nak beli... kalau aku, dah rambang mata dah... belek-belek pastu letak balik... kadang-kadang dah dua, tiga jam belek barang... balik tangan kosong... buang masa kan? sebab tu aku selalu shopping sorang-sorang... hu hu

aku nih bershopping ikut musim, ikut mood... aku lebih suka jalan-jalan, makan-makan dari shopping... bila time mood shopping aku datang (macam sekarang nih)... satu, dua barang je yang aku beli.. barang-barang yang betol-betol buat aku puas hati... pastu aku dah tak nak benda lain... nak benda lain, tunggu lagi sekali mood shopping aku datang... he he kalau orang macam aku nih, digelar kaki apa pulak ek?  


nota lutut : kalau aku kerja, banyak duit nih.. mungkin aku pon jadi kaki shopping.. ye dok?

Monday, October 8, 2012

Aduhai Isnin...

Selamat ber-hari Isnin dan Selamat pagi !

Isnin datang lagi... aku tak risau kalau isnin datang lagi.. sebab aku tak kerja... bagi aku sama saja hari isnin dgn hari-hari lain... (jangan jeles) ha ha ha... tapi bagi orang yang bekerja mesti rasa malas sangat nak pergi kerja bila menjelang hari isnin... kan kan? ke bukan? 

di-pendekkan cerita... Selamat hari isnin semua... bagi pelajar, belajar elok-elok, sunggoh-sunggoh, jangan malas-malas... bagi yang bekerja, selamat mencari rezeki.. insya'Allah kerja ikhlas rezeki berkat...  amin.. banyakkan bersabar... bagi yang tak bekerja macam aku, korang buat hape je ek? dah naik tak tau nak buat hape dah aku... ho ho ho


nota lutut : happy birthday buat rorosh.. Allah selamatkan kamu =)

Friday, October 5, 2012

pada aku ia menyedihkan

pada aku ia menyedihkan... semalam, aku mula bekerja sebagai kerani di sebuah pusat servis kereta (kawan recommend-kan)... sebenarnya dari rumah lagi aku dah rasa sedih dan tak nak pergi kerja... maklumlah dah lama sedap menganggur... tapi aku pergi juga sebab aku tak nak ikutkan hati sangat... (gedik betol-lah aku ni)

sesampai saja aku di situ... aku pandang sekeliling... hmm sebenarya bukan aku memilih sangat dengan kerja ni... tapi keadaan kat situ buat aku rasa tak best.. aku di-berikan sebuah meja, kerusi, PC dan kipas kecil di sudut bengkel tersebut berhadapan dengan kereta-kereta yg tersadai... okay aku cuba cool... aku tengok sorang demi sorang pekerja yg datang... semuanya lelaki... aku mula tak selesa (mulut dah mencebik, tunggu nangis je)... 

break sekejap sebab cerita aku panjang sangat

setengah jam kemudian... aku tak dilayan pon... aku tidak diberitahu tugas aku di situ.. aku tengok muka-muka pekerja kat situ... ganas! takut betol aku... (masa ni air mata dah bertakung dah)... mereka hanya berbual sesama mereka saja... kasar dan kesat (cara komunikasi)... kesat gila! aku tak selesa...

45 minit kemudian... "amer, wanda nak balik" aku mesej adik aku... tapi takde balasan... (takungan air mata hampir penuh)... aku mula mesej kawan-kawan aku, supaya aku tenang... aku cuba berlagak biasa, bila sorang dari mereka menegur aku dan memberitahu sikit-sikit tentang tugas aku... beliau bagi aku sebuah fail list-list barang-barang kereta dan suruh aku hafal... biar betik banyak tuu!!

sejam kemudian.. aku di-abaikan lagi... aku terus capai henfon dan dail no. emak aku... "hello.. adik?" suara emak kedengaran... tanpa kira 123, air mata yang bertakung terus melimpah... "emak, wanda nak balik." emak pujuk aku untuk bertahan... baiklah aku cuba...

dua jam kemudian... "bos, tadi ada orang call panggil saya datang interview petang ni.. bole saya balik ka?" (alasan je ni)... bila bos tu bagi green light je... tanpa buang masa... okay let's go! aku tak mampu bertahan lagi... tata! tomorrow, I wil never ever come again! 

he he he teruk-kan aku? bukan apa, aku takut sangat masa tu dan aku betul-betul tak selesa untuk duduk lebih lama kat situ... dan harini aku tak pergi kerja... berhenti terus! heeeehehe (gelak hantu)

nota lutut : terserlah ke-mengada-an aku... haihhh!

Tuesday, October 2, 2012

kalau bukan kita, habis siapa?

orang kata kalau suka memilih sangat ni hidup tak ke-mana... orang kata kalau orang degil dan bongkak ni duduk sendiri je-lah... orang kata kalau asyik penting diri-sendiri je ni susah nak hidup...

tapi orang jugak ada kata, kalau bukan kita yang ubah diri sendiri dari sifat-sifat memilih, degil, bongkak dan penting diri ni... siapa lagi? kita saja yang bole ubah diri-sendiri ke arah yang lebih elok, bukan orang lain... kalau ada orang lain pun.. itu cuma sebabnya saja... itu cuma pelakon pembantu untuk kita sebagai watak utama...

yang penting ikhlas, berserah dan apa situasi sekalipun lakukan yang terbaik... Allah akan berkati setiap apa juga yang hasilnya baik-baik... Insya'Allah... Allah Maha Mengetahui...

apa peduli orang pandang? bangkit, ubah, yakin dan berani... apa nak takut? Dia kan ada. =)


yang penting, dah sampai kat atas nanti... jangan balik pada diri kita yang asal...  

nota lutut : perasaan takut tu datangnya dari perasaan risau terlebih.

Saturday, September 29, 2012

aku, server dan result.

Finally.... dapat jugak aku tengok result sendiri... dari semalam tak bole nak tengok sebab server down... mula-mula aku cuba paham jugak... sebab tarikh keluar result tu semalam (28 september 2012).. mungkin ramai yang nak tengok result... that's why lah server jadi lembab selembab lembabnya... 

maka aku tengok lah pada sebelah malam pulak... maksud aku dah lebih tengah malam jugak-lah aku bukak balik... tapi still tak bole... aku cuba paham-kan lagi... oh mungkin tadi ramai yg tak bole bukak jugak.. maka beliau-beliau mengambil keputusan untuk check result tengah malam... kebetulan pulak waktu beliau-beliau tengok sama waktu dengan masa aku nak tengok result.. haha haha haha (gelak pura-pura)

so, pagi tadi aku try lagi... taklah pagi sangat pon... aku bangon pon dah lambat kan... tapi still tak bole nak tengok... aku check fesebuk... ada yang dah dapat tengok... tapi mostly status dah sumpah seranah sebab tak bole bukak punya pasal... aku pon sumpah seranah jugak tapi bukan kat dalam fesebuk... aku kat dalam hati je... 

akhirnya.... 


tadaaaa... ini je pon yang aku nak tengok... bukan susah sangat pon... aku cuma nak pastikan yang aku pass internship... dan dah bole konvo november ni... sekejap je... tengok dan tutop... settled! haihhhh

Alhamdulillah.. terima kasih UNITEN... terima kasih UTMSPACE... terima kasih... terima kasih (tak tau nak cakap apa)... gembira-lah aku november ni dah bole konvo... Insya'Allah.. yeayy! yeayy! tepuk tangan pada diri sendiri...

nota lutut : itu pon susah ke?! (sambung marah)

Si handsome ku.

harini aku bahagia... gembira tak terhingga... laptop kesayangan aku yang handsome sudah kembali... Ryo namanya... nama pon dah handsome.. apatah lagi susuk tubuhnya... kacak!

sejak aku bagi "pinjam" laptop aku kat adik aku... hidup aku sunyi sepi... tanpa arah... sedih kerana hidupku bosan  dengan tiada beliau di sisi... selama ini aku online pon pakai laptop kakak aku... tapi manakan sama... laptop ku tiada tandingannya... manakan ku cari ganti... beliau amat bermakna sekali buat aku...

kini beliau kembali hanya untuk seketika... dalam hanya beberapa minggu.. habis je adik aku cuti semester... beliau akan pergi, tinggalkan aku sendiri lagi... ntah bila agaknya nak balik lepas ni... nak mengeluhlah macam ni... 

haihhh terima-lah gambar dari laptop ku yang handsome...

Tuan punya si handsome

di sebelah aku itulah, peminjam si handsome
wesewesewes! (ini adalah makian)

nota lutut : ryo dan aku sudah 3 tahun bersama... banzaiiiii ryo banzaiii !

Wednesday, September 26, 2012

Tuesday, September 25, 2012

beruk-ben bias

dah 3 hari termasuk harini aku tak online twitter... kalau masuk besok dah 4 hari.. kalau masuk dengan lusa tulat tubin... dah berhari-hari... ni semua beruk-ben punya masalah... haihhh tak paham aku... kenapa yang beliau nak lambat-lambat sangat ni... nak kata tak bayar... ikut time "kakak" aku bayar... tapi beliau masih lagi dalam kadar kelembapan yang maksima... 

kalau online fesebuk laju-lah pulak... pilih kasih ke hape... fesebuk bayar berok-ben aku ni berapa.. sampai online twitter pon tak bole da... twitter bayar kurang ke? hmm nasib baik-lah blog bole nak buka... walaupun aku kena refresh bebanyak kali... kalau tak berhari-hari juga aku tak update blog... itupon kekadang keluar half aje... 

dah-lah... dah lepas luahkan perasaan ni... twitter terus je bole buka kan... beruk-ben ni mesti takot hilang satu pelanggan la tuuuu... 


nota lutut :  ke beliau kecik hati aku panggil beliau "beruk"..

Monday, September 24, 2012

Teman Pengganti.

Aku layan lagu nih... mula-mula sebab aku suka kat Black.. maksud aku, aku suka suara Black ni.. sedap giler ler.. (kalau aku suka Black apa salahnya pulak)...  dah lepas banyak kali aku dengar... aku suruh-lah kakak aku download... lirik lagunya pon sedap dan menyentuh hati... so, aku sure ramai yang dah dengar.. lagu ni pon dah jadi most played di radio... tapi aku nak share jugak-lah... sebab dalam harini aku asek dengar mak aku nyanyi lagu ni.. mendayu-dayu gitu.. mungkin dah jadi favourite song beliau kot... ha ha okay then, selamat menjamu telinga... eh...

aku letak video yg siap dengan lirik sekali...
so, pada yg rajin bole karok-ok

sharing is caring. sekian, tata!

Sunday, September 23, 2012

Segmen Balas Cik Anom

banner? attached!

entri kali ni adalah khas buat kawan baikku, cik anom... entri ini merupakan entri balas bagi entri cik anom untuk aku... join segment kononnya (click ini untuk entri tersebut)... maka... terima-lah...

Soalan 1 : Kalau anda diberi peluang berlakon dalam satu siri drama Korea, yang ber-genre sejarah, siapa yang anda pilih sebagai hero/pasangan? Kenapa? Nyatakan sebab.
Song Seunghun (hero autumn in my heart).. aku pilih dia sebab dia romantik... eh macam takde kena-mengena dengan sejarah kan? Tapi kalau aku diberi peluang, aku tolak offer director tu... ha ha sebab aku tak suka sejarah... 

Soalan 2 : Kalau anda digandingkan dengan Lee Min Ho dalam sebuah drama, apakah tajuk drama yang anda harapkan? Kenapa? Nyatakan sebab. 
"My butler" ha ha ha... aku nak dia serve aku... layak! halaaa kenapa Lee Minho? Apsal tak Gongyoo?

Soalan 3 : Senaraikan Top 5 k-drama kegemaran anda beserta lead actornya. Kenapa anda memilih 5 drama ini sebagai "Top 5 Favorites"?

.:: Secret Garden (Hyunbin) sebab cerita ni sedih... aku tak pernah nanges tengok cerita korea... paling-paling pon sebak... tapi cerita ni mampu... ecewah! 
.:: Dream High (Kim Soohyun) sebab dalam cerita ni ada taecyeon & wooyoung... ha ha itu tujuan asal... 
.:: God of Study (Kim Sooro) sebab aku dah tengok version jepun dia masa zaman sekolah lagi... pastu saja nak tengok korean version pulak.. so, setelah di compare... of cos aku pilih japan version.. ho ho 
.:: City Hunter (Lee Minho) sebab jalan cerita dia sangat sangatlah menarik... bukan pasal Lee Minho...  
.:: My Princess (Song Seunghun) sebab dalam cerita ni ada gikwang... pastu ada song seunghun.. ha ha pastu tertarik dengan jalan cerita dia.. 

Soalan 4 : Siapakah idol yang anda harap sangat untuk berlakon bersamanya dalam drama? Kenapa? Nyatakan sebab.
Lee Hongki. sebab aku suka dia.. bole terima tak sebab aku ni? maksud aku lakonan dia lah
Soalan 5 : Carikan satu gambar dari k-drama yang paling anda minat, dan anggapkan gambar itu sebagai sekeping poskad yang akan dihantar kepada pelakon dalam drama tersebut. Apa yang anda ingin sampaikan? Tuliskan pada gambar tersebut dan attach di dalam jawapan anda untuk soalan ini.

ha ha soalan paling susah aku rasa no. 5 ni... aku buat ni sambil geleng-geleng kepala ko tau... saja ko nak kenakan aku ke anom?!! aku tak pernah buat kerja-kerja begini... mcm gambar ni... huwaaaaa mal-luuuu !!!

nota lutut : berejam aku nak menyiapkan entri sepanjang ini untuk cik anom.. kalau takde hadiah tak tau lah... 

Saturday, September 22, 2012

Malam-malam minggu... disko disko...

berrrghhh... malam minggu yang membosankan... cerekarama kat tv3 tak menarik langsung perhatian aku... baru nak layan movie online... internet pulak macam siput... nak online fesebuk, twitter suma tu dah tak mampu... sedangkan nak update blog ni pon dah berapa kali aku refresh... peliklah beruk-ben ni, dah di-bayar pon lambat... apatah lagi kalau tak bayar... 

dalam laptop kakak aku ni takde satu pon movie... di-delete nya suma movie yang aku letak.. satu pon tak tinggal... dengan jdorama... dengan kdrama... suma beliau pindah dalam external beliau... mana external? di tinggalkannya kat tempat kerja beliau... hape-lah nasib aku malam nih... beliau balik dari KL mendiam esok... aku conteng bebanyak orang lidi kat pelipat lutut beliau... geram betol aku-lah budak ni !

maka dengan ini, yang kpoppers layan lagu favourite terbaru aku.. yang bukan kpoppers, layan je lah jugak.. syiooookkk owh!! jangan lupa pakai headphone dengan nada paling tinggi (mana yg telinga korang mampu tampung-lah)... jangan tinggi sangat... pekak anak orang... 

BtoB - WOW
dance choreography superb siaaaaak! style owh!
ala-ala BSB gitu

nota lutut : aku nak tengok yg satu video ni pon.. buffering dekat satu jam.. frust aku lah!

Se-saja


Gambar tersebut takde motif... di-hamek sejurus saja aku melangkah masuk ke dalam toilet Masjid Jamek dekat Airport Senai haritu... kakak aku pon ada time nih... tapi takde gambar beliau... malas nak hamek! ni masa hantar pakcik dgn makcik aku ke airport... nak tunaikan haji di Makkah... seronok-lah beliau berdua.. bila-lah agaknya rezeki aku se-family... semoga tak lama lagi...

rasa mengantuk dah ni... agak-agak kalau aku letak kepala ni bole terus tido tak? hmm awal pulak aku mengantuk harini... macam tak percaya... takpe takde orang nak comment kalau aku tido awal malam nih... kakak aku takde... beliau pergi KL mendiam... (asek menjerit je kan)... halaaa aku tido sorang malam nih... tak seronok pulak kakak aku takde... macam-lah kalau beliau ada aku seronok.. bukannya beliau bole popok aku tido suma... 

tak.. bukan-bukan.. kalau kakak aku ada.. beliau selalu bacakan bed-time-story untuk aku... kalau beliau tak tido lagi lah... ini sudut baik beliau.. he he he... hmm.. ni gamaknya layan cerita kat youtube je lah... sampai dah cerita tu layan aku.. baru stop masuk tido... ok-lah goodnight sampai ketemu... tata!

Thursday, September 20, 2012

Logik !


logik! haaa tak bole gini... selagi aku hidup ni.. baik aku makan apa yang ada... kang dah sakit nanti, kalau dah makan pon pakai straw.. barulah teringin nak makan itu lah ini lah... tapi kalau aku pakai makan je kang... bole mendatangkan sakit jugak.. haaa tak bole jugak macam gitu...

lepas ni kena search banyak-banyak pasal makanan seimbang... tapi emak aku selalu masak yg sedap-sedap.. dan mostly tak berapa nak seimbang... hadoi hadoi... kang tak makan beliau sedih pulak...

kesimpulannya? ajak emak jaga pemakanan sekali... (angkat-angkat kening)

nota lutut : macam lah emak nakkkk....

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday #2

wanda? dia busy laa...

Jam menunjukkan pukul 12:19 tengah malam... yang lain semua dah nyenyak atas katil... dan aku masih tak tido-tido lagi... hey-yo malam masih muda... wanda tido awal sangatlah pelik okay... emak dan ayah aku mesti tadah tangan memanjatkan kesyukuran tengok aku masuk tido awal... manakala kakak aku... 

shida : "aik wanda awal ko masuk tido.. macam pelik.. apa yg membuat ko tido awal ni wanda.. aku musykil-lah"

ini yang kakak aku cakap bila aku tido awal semalam... see, bila aku tido awal... ia mendatangkan kemusykilan terhadap ahli keluarga aku... kalau aku tido lambat pulak...

shida : "ko ni tak reti nak tido awal ke wanda?" berggghh! =.=

actually, kejap lagi aku nak keluar dengan ayah dan kakak aku... pergi airport Senai... hantar bapak dan emak saudara aku pergi haji... untungnya beliau-beliau... aku doakan semoga selamat pergi dan selamat balik... 

dan lepas tu saudara-mara aku yang lain akan datang bertandang ke rumah aku... saudara-mara aku kalau datang... ish ish ish ramainyaaa... bole buat kenduri-kendara... meriah! 

setiap malam aku akan berfikir... apalah yang aku nak buat besok... walaupun aku tau.. setiap hari to-do-list aku adalah tido, tengok tv, dengar lagu, makan (ulang semula)... so besok, aku dah tahu dah apa yang ada dalam to-do-list aku... layan tetamu! cuwak-ke-bebeh... cuwak-ke-bebeh... seronok sebab besok aku ada benda nak dibuat... lalalalala...

sekian... tata!


nota lutut : ntah pape tajuk entri..

Sunday, September 16, 2012

Takde tajuk.

Seminggu aku tak update blog... bukan apa aku kurang idea nak menulis... dah 2 minggu terperap je kat rumah.. otak pon kurang berkembang sebab aktiviti yang paling aktif aku buat di rumah adalah tidur... plus my health is not good lately ni... masalah cuaca mungkin... 

Apa yang aku tertinggal? My friend's wedding... Maafkan aku, Nad... aku kurang sihat plus takde transport nak pergi tengok kawan aku yang comel ni kahwin.. apa-apa pun, selamat pengantin baru nad dan husband.. semoga bahagia kekal ke anak cucu... and I love you so much... rugi aku tak dapat tengok kau pakai baju pengantin, Nad.. mesti nampak macam princess... sanding lagi sekali lah Nad... aku nak tengok live kau pakai baju pengantin ni... he he he just joking...

See, kawan aku sangat cantik
sorry for stealing the pica from your fb. 
Credit to: Nadia Azeha

So, my life becoming so boring sekarang ni... Less smile, less laugh, less enjoy... tak best... 2 minggu aku duduk rumah sambil menunggu feedback kerja yang tak ber-respon langsung... errghh! steghess! lagi-lah kawan-kawan aku mostly dah back to school... haishh takde sapa nak teman aku tengok wayang, jalan-jalan buang masa, bergosip dan sebagainya... 

Sometimes I miss my working life... fotostat kertas pon seronok tau weh...


nota lutut : oh ye aku dah tukar blog layout lagi... ngeh ngeh ngeh =)

Sunday, September 9, 2012

Habit burok

Perempuan muda zaman sekarangkan suka beno nak ber-diet... termasuklah aku.. tapi aku sekadar cakap je...  sebab dah banyak kali aku cakap nak ber-diet... tapi tak pernah menjadi... pantang tengok makanan je, aku terus terpa... bukan apa... kata orang rezeki jangan di-tolak... ye dok?

Tidur ni pun salah satu cara ber-diet... kata pakar, siapa yang nak ber-diet haruslah ada tidur yg cukup... ini pon aku tak ikut... lately nih memang aku selalu aje tidur lewat... entah aku pon konpius.. mata dah mengantok... bila aku letak je kepala atas bantal... time tu-lah aku fikir tu fikir ni... before aku nak tidur tu tak nak pulak berfikir... 

ayah : wanda... wanda... wanda... wanda... wanda... wanda...

ayah aku jenis gini-lah... selagi aku tak sahot, dia panggil... selagi tu lah non-stop dia seru nama aku... kadang-kadang dia tipu aku kata dah lepas zohor... padahal pukul 12 pun tak jejak lagi... kalau agaknya dah berapa kali, dia gerak-kan aku tidur... tapi aku still tak bangun... mula-lah dia baca yassin sebelah katil aku... masa tu baru bongkah aku bangkit dari katil... biar betik ayah aku nih... emak aku pulak.... lembut siket...

emak : wanda... bangun dik... sebelum mak pijak... 

haaa hamek kau! ha ha ha... tu la habit burok aku... terok kan? masa study and kerja dulu (dah seminggu aku menganggur)... tak pulak aku macam ni... senang tidur... senang pulak bangun...

wanda : wanda nak tido mak... pukul 12 wanda dah baring... tapi mata ni-lah... bila dah baring... terang pulak... haaa pukol 2,3 baru terlelap... tu yang lambat bangun... kadang-kadang lepas subuh baru wanda tido mak... fakta mengatakan, kalau macam tu namanya "insomnia"(org yg susah nak tidur).
ayah :  fakta pon ada mengatakan, orang yang tidur lewat nih... cepat mati...

perghhhh... mulut ayah aku kan kan... 



nota lutut : sekarang ni pon suma dah tido... hmmm =.=

Friday, September 7, 2012

Perubahan


Ada perubahan kat belog aku ni... Nampak tak? Comel tak layout saya? kih kih

Hmm pening aku cari layout yang cantik-cantik... satu pun tak berkenan... yang aku pakai sekarang ni pun... tak berkenan jugak sebenarnya... takpe-lah asal tukar... layout before ni... dah pakai lama dah... memang patut kena tukar... sekali imbas tengok layout aku yang baru ni... tak nampak macam the beatles kan? kalau kita ignore perkataan "The Beatles" tu laaa... dah macam rakyat berbilang bangsa kan? ada cina, melayu, india... muhibbah tak aku? he he... ke aku sorang je yang perasan? takpe-lah., pakai aje-lah layout the beatles ni buat sementara... dapat yang lain... tukar lain... apa susah... 

Chatbox... aku tak tahu kenapa aku letak chatbox tu... aku tengok banyak belog letak chatbox... aku pun nak ada satu... tiru... he he... tapi tak tahu kenapa aku pun nak ada jugak... function? takpe-lah... sesapa yang nak tegur ke., tanya ke.., share something ke... bole tulis kat situ je... bole merapatkan silaturrahim... ye dok? tapi ade ke orang nak tegor? ahh.. takpe-lah... ada, ada-le... takde takpe... he he he

Lagu... aku buang lagu yang ada kat belog aku nih... kenapa? entah-lah... no suitable music for now... nanti-lah... kalau ada... aku letak... takde.. biar diam je... dulu aku letak supaya belog aku ceria... entah-lah.. jemu-dah kot... ada lagu lebih ceria nanti.. aku letak balik... hu hu..

sekian... selamat malam... tataaaaa!


nota lutut : belog berubah... tak semestinya belog owner pon berubah... hm hm hm =_=

Wednesday, September 5, 2012

Hujan

Malam tadi aku keluar... hamek angin malam... tapi rasa angin malam ni tak seperti biasa... entah aku saja je yang perasan... ke si keciq juga perasan benda yg sama... entah aku pun tak tau... aku order roti kosong je... buat isi perut aku yg kosong sambil borak kosong... kosong kosong... (aku nyanyi dalam hati)



Dah tengah syiokk tengok keciq menghembus asap shisha macam orang pro-pro gitu... tetiba angin kuat sekali dengan hujan turun seiring... Oh angin, Oh hujan... you're not helping me... I went out to calm my heart-lah... bukan nak buat memori daun pisang dengan si keciq ni...

aku dan keciq tak berganjak... memang tak bole berganjak pon... hujan lebat sangat... tetiba si keciq ni berfalsafah... "wanda, sebenarnya hujan yang turun ni menggambarkan hati dan perasaan kita tau... hujan ni menunjukkan apa yang kita rasa sekarang... ko tau tak wanda?" 

Bila masa keciq ni dah jadi macam William Shakespears ni... aku pandang beliau tanpa berkelip... dah besar dah kawan aku ni... dah pandai berkata-kata dah... tak padan dengan kecik... senyap je kami lepas tu... menikmati setiap rintikan hujan... tak pulak aku soal beliau lebih-lebih tentang apa yang beliau cakapkan tadi mengenai hujan... 

Apa makna di sebalik hujan? Kenapa hujan menggambarkan perasaan? Tapi kalau hujan membawa seseuatu makna, kenapa ramai yang tak suka hujan? kenapa ramai yang lari dari hujan? Kenapa ramai yang mengeluh kalau hujan? 

Ada sapa-sapa tau apa makna hujan? setahu aku hujan adalah rahmat dari Allah... hmm orang lari dari hujan sebab hujan sekarang ni hujan asid... bole bawak demam, selsema, sakit kepala... sakit dada, sakit tengah belakang... hik hik

Tuesday, September 4, 2012

Apa-apa je lah

Everything that happened, is already happened... Everything that was planned, has already passed.. sekarang adalah masa untuk bangkit dan teruskan kehidupan... fasa demi fasa kehidupan aku berlalu merentas masa... namun sempat tinggalkan kesan... pengalaman... ia mengajar aku erti bahagia dan sakit... walau bahagia itu sekejap dan rasa sakit itu lebih lama dari kebahagian yang aku lalui... tak tahu sampai bila.. tapi sekurang-kurangnya... fasa kehidupan  aku tidak berlalu begitu saja.. sia-sia... 

okay let's change the channel mode... don't too formal.. don't too sad... aku bukan sedih punya orang... sekarang ni aku dah jadi penganggur ke-hormat kau tau... hari pertama jadi penganggur ni tak rasa sangat... sama je macam cuti.. tunggu dah lama siket... macam kucing nak beranak-lah aku... 

tapi aku dah mula nak cari kerja lain... tak bole duduk rumah lelama... tak bole hidup aku macam tu... aku bukan anak dato'... anak tan sri.. goyang kaki.. tapi duit sentiasa ada... aku kena usaha sendiri... walau dalam apa keadaan sekalipun.. cari kerja ni mudah bila kita anggap dia mudah.. so everything will be fine soon... 

aku akan hadapi semuanya dengan senyuman pada masa akan datang... in my past, someone has teach me how to smile... so, I need to smile.. wanda look not cute when she is sad.. right? he he he... Good night tata!


Sunday, September 2, 2012

I do feel so I write it down.

When I miss someone, I used to write it in words because I have no one to tell what I feel.

I wonder how that person is right now... I felt a stab of pain in my chest... I thought it was chest congestion... so I put some "vicks" on my chest... to make the pain go away... I ask my mom to hug and hold me tight... to make it relieve... I used to take a cup of tea... to calm me down... I take my bath in the midnight... to make me easy to sleep... I talk about you all the the time... although its only me to hear about you... but however... I feel the same... 

I hate when I miss someone... because there is one pain I often feel, which you never know. It's caused by the absence of one person (you)... I've being lost in a black and white world, where everything seems so faded...

Missing you can turn from pain to pleasure if I knew you were missing me too.



nota lutut : man. city 3 - QPR 1 ....sempat lagi he he he

Peleseran petang sabtu

Aku tak tau kenapa kami begini... takde kerja macam ni... ke memang kami takde kerja pon... ke kami memang suka macam ni... berpeleseran... ada sapa-sapa heran ke... asalkan kami happy.. jalan-jalan dengan si jebon dua ekor ni... katanya nak beli barang... but at last, aku keluar berlenggang... yang beliau-beliau ni pula sorang beli air susu.. sorang lagi beli air mango... hmm asal ada.. asal beli-belah..

hish! ngarot... kalau beliau ni bergambar aku nak panggil mengarot je..

nasib baik puppy jenis ni kalau pegang takyah nak kena samak.

tangan sapa yg hulur tu... aku tak nak pon..
jangan lakukan ini di khalayak ramai.

okay esok pon aku keluar lagi dengan kak mila.. berpeleseran lagi... kat tempat lain pulak... tapi si piqa (gambar paling atas) takde... so kami berdua je la... dating (aku definisikan macam ni... kalau berdua tu namanya dating)... so tata!

Thursday, August 30, 2012

Masa dah time.

 

 

Dah sampai masanya... pantas sungguh jam bergerak....

Terima kasih bahagian kewangan UTMSPACE atas segala tunjuk ajar... nice to know you guys...korang di-antara kenangan terindah ku...Alhamdullillah aku diketemukan dengan korang semua....Sekurang-kurangnya ada memori gembira terselit dalam diari hidup aku...

Nice experience... nice memories...nice place...and nice people like all of you....Thank you so much...I'm gonna miss you guys...and I'll be missing my work too... huk huk.. 

anyway take care...ada umor jumpa lagi...


nota lutut : and you also take care... =)

sementara aku ada...

 

I must done all of this today...before I leave...sampai hati kau yam...sampai hati kau nad...di hari terakhir aku di Space ni...ni hadiah kau bagi kat aku...kau tengok-lah aku buat siket je nanti...eh eh tak bole macam tu...biar aku buat semua...biar semua kertas aku sign...biar korang nanti rindu sampai menitis air mata tengok sign aku...tengok hasil kerja aku...takpe...korang buat-lah aku cukop-cukop harini...kalau itu bole buat korang puas dan happy...sebab apa yang penting bagi aku adalah korang happy...

ada sape-sape lagi nak bagi kerja kat aku? sementara aku ada ni...

Tuesday, August 28, 2012

Fasa hidup aku seterusnya...

 seserabot mana rambot aku... serabot lagi hotak aku...

Dua hari lagi kontrak aku dengan UTMSPACE akan habis... habis satu fasa kehidupan aku... buntunya aku... takde kerja lagi... mana aku nak cekau duit ni... halaaa...

semalam masa aku tunggu bas lepas balik kerja... di dalam rintikan hujan... sambil membayangkan emak masak apa harini... ada sorang mamat ala-ala hindon tetibe tegur aku... halaaa... ini yg aku tak suka ni tunggu bas... beliau (aku masih gunakan "beliau", walau kau tu hindon)  hulur aku satu kertas jawatan kosong... ni kat mana-mana je ni? detik hati ku... kertas tu menunjukkan gaya tidak bole dipercayai...

dah tu hindon ni tak reti nak bla... tetibe dengan tak semena-mena-nya beliau meng-explain pasal kertas tu dengan bahasa yg aku kurang paham... weh aku takde mood ni... tak payah nak explain sangatlah ! aku jerit dalam hati je... aku tak suka kau! jangan dekat-dekat dengan aku! ... ni pon aku cakap dalam hati...

aku bukan hape... aku tak suka ntah mana-mana orang cakap dengan aku... maksud aku orang yg macam tu (ala-ala hindon, bangla, myanmar, etc..) lagipon kertas tu memang gaya tak bole percaya... kau explain-lah macam mana sekalipun aku tak berminat nak dengar... selalunya jawatan kosong gitu tipu je...

haihh... kalau ikutkan keadaan... aku tak bole memilih sangat pasal kerja... peluang yang datang tu hamek je... selagi rezeki tu ada.... tapi... aku tak nak gaya yg macam tu... sebab tu memang tak bole nak percaya... takpe rezeki itu di mana-mana... sabar je lah...


nota lutut : sambil update blog... sambil shuffle lagu "oppa gangnam style"

Wednesday, August 22, 2012

Agenda raya ketiga

Hari ni dapat beraya dua buah rumah je... atas sebab hujan yg bole tahan lebat gak la... kononnya nak habeskan beraya... tapi dah kalau satu rumah tu dah hamek beberapa jam... dua buah rumah je la yg sempat... lagi-lah bila si Nabil (adik sepupu) dah buat perangai... bila beliau kata beliau nak balik.. dandan tu jugak kena start kereta terus balik... kata-nya bosanlah... mengantoklah... rasa macam nak lempang je.. pak-kal adik... 

tapi bila dah sampai rumah... 





tetibe cerah pulak mata kau ek ! aku pon dua kali lima..... tiiiiiheheheee


nota lutut : maaf gambar di atas org dewasa tak dibenarkan tengok... kecuali dibenarkan anak-anak anda...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...