Friday, June 22, 2012

Sempena EURO 2012 (part 1)


 
 euro cheese bread


Sekarang ni sepengetahuan semua dunia bola sepak sedang demam EURO. Boleh dikatakan bila fenomena bola sepak sebegini melanda, kedai-kedai mamak, kedai-kedai tomyam, dan kedai-kedai sewaktu dengannya akan dibanjiri dengan pesakit-pesakit demam bola sepak ni. Tak kiralah lelaki atau wanita, tua atau muda.

Bola dikatakan aku dan kakak aku pun salah seorang dari pesakit deman bola sepak. Kalau kami berkesempatan kami sanggup bersengkang mata nak menonton perlawanan bola pepagi buta tu. Namun selalunya TV lah yang menonton aku. hehehe What to do? 

Actually gambar roti kat atas tu sebenarnya jadi motif post aku kali ni. Semalam, aku temankan kakak tempat kerja aku ni nak pergi kedai. Then tiba-tiba aku rasa nak makan benda-benda ringan buat kudap-kudap. Lalu kami singgahlah di kedai SDS yang berdekatan. Roti ni lah yg aku jumpa!! Aku nampak je "EURO", aku terus ambil tanpa memikirkan rasa dia nanti bila makan. Mujurlah boleh tahan sedap jugak.

Ceritanya begitulah. Saja nak kongsi. Sempena EURO 2012 yang hangat ni, semua nak EURO. Roti pun nak EURO. Minggu lepas aku pergi Melaka dengan saudara-mara aku pun, jangan cakaplah kat Pahlawan Walk tu penuh dengan barang-barang EURO. Nasib iman kuat, kalau tak dah borong habis. hehehe.

nota lutut : Mesut Ozil. ^^

Wednesday, June 20, 2012

Gratis

#Mostplayed
#favouritekpopgroup
#TOP3

Dalmatian - E.R

Teen Top - To you

MYNAME - Hello and Goodbye

Suka hati lah nak buat lebih dari satu entry untuk kali ni. Gratis kok, nggak pakai wang.

nota lutut: the first song got SIMON PARK. The rapper in blonde hair. *so?* <3

Brand new days.


UTMSPACE

Even its too late untuk aku post entry ni, tapi aku memang dah lama teragak untuk buat satu entry about my internship programme. Well, 3 minggu lepas aku telahpun memulakan zaman praktikal aku di UTMSPACE Johor Bahru. Yeah, dah 3 minggu. Thats why aku cakap its too late!

UTMSPACE terletak dekat je dengan rumah aku, tapi still ayah aku yang hantar aku pergi kerja tiap-tiap pagi. Gila kau nak jalan kaki!! But balik aku kena naik bas lah. pffft...Takde sape nak datang jemput. Banyak cantik muka. Memang!! 

Btw, before this I did mention that there is a place yang aku aim sangat untuk kerja disitu. Namun rezeki tidak menyebelahi aku. Maybe next time. UTMSPACE pun okay jugak. Nothing less. The situation is a big difference compare to my study life. Absolutely! New environment. New experiences. New friends. New challenges. But aku still enjoy. Sometimes aku rasa university life is the best. Walaubagaimanapun, aku prefer kerja. More relax, and sometimes more extreme. But tak tau lah kalau dah lama sikit.

Kesimpulannya, internship aku hanya 2 bulan (8 weeks). Macam tak cukup masa je untuk menimba ilmu dan pengalaman. Tapi takpelah, I will try to show you guys my best. he he 


nota lutut: SIMON PARK *tetibe*

Tuesday, June 12, 2012

Pak Cik Kaki Panjang

Sesungguhnya aku memang penggemar komik tegar. Aku jatuh cinta pada komik dah lama sangat, tapi sejak bila tu aku tak berapa nak ingat. Punya banyaknya komik dalam almari aku tu, sampai aku rasa nak beli almari lain yang besar sikit dan khas untuk komik aku saja. Daripada komik, aku berkembang sampai ke novel dan buku-buku lain. Sebenarnya kat sini aku nak cakaplah yang aku ni ulat buku. Kan senang cerita. he he

Sebenarnya bukan tu yang aku nak ceritakan. Yang aku nak ceritakan adalah pasal Pak Cik Kaki Panjang. Sebuah Komik Korea yang di melayukan. Ha Ha. Terbitan Kim Hyung Jun. Selalunya kalau aku beli komik-komik ni, kebanyakan writer juga editor komik yang aku beli tu, asalnya dari jepun. Contohnya seperti entri aku sebelum ni, Aku, Waki dan Natsume adalah kisah yang dipetik dari komik Si lokek Yomogi. Namun sekarang aku cuba beralih-arah ke komik terbitan editor korea.

"Pak Cik Kaki Panjang" adalah mengisahkan seorang gadis yang bernama Cha Young Mi. Dia hidup sebatang kara setelah ayah dan ibunya meninggal dunia. Namun hidupnya bernasib baik, apabila seorang lelaki yang tidak dikenalinya membantu menyara hidup dan yuran pengajiannya. Dia dibantu sehinggalah dia melangkah ke alam pekerjaan. Young Mi menggelarkan lelaki itu Pak Cik Kaki Panjang walaupun dia tidak pernah tahu pun siapakah lelaki itu. Dia sangat terhutang budi dan dia juga cuba mencari lelaki itu. 

Okay malas aku nak cerita panjang-panjang. Nanti tak gempak. Yang penting cerita ni menyentuh hati aku. 



nota lutut: try to read, mesti puas hati :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...