Tuesday, May 17, 2011

Awal dan akhir.



Macam biasalah nota aku di awal kelas. Sungguh bersemangat. Semua aku catat. Pendek kata, takde satu pun lecturer bebel yg aku tak catat. Sampaikan lecturer berdehem pun aku tulis.


walaubagaimanapun, pada akhir kelas ~~ pepatah ada mengatakan "hangat-hangat tahi ayam". Awal kelas je yg bersemangat, rajin. Berazam tak nak sia-siakan setiap kata-kata lecturer. Semua penting, semua masuk exam. Kalau tinggal rugi, nangis guling-guling kata orang hindustan. Masa dulu nak jadi pelukis tapi mak suruh jadi accountant. Ginilah gayanya. Meja pun jadi tempat conteng. *jgn tiru perangai di atas, vendalism!

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Emak.



emak saya comel.

Post kali ni agak terlambat 3 hari, kerana hari ibu jatuh pada hari ahad yg lepas. Hanya post saja yg terlambat, namun aku tidak tertinggal untuk mengucapkan selamat hari ibu untuk emak pada sebelum, selepas dan pada hari ahad yg lepas (selamanya dunia akhirat). Ucapan selamat untuk emak tidak pernah akan lambat 1 atau 2 atau 3 hari. Ucapan selamat atas kesejahteraan emak, doa supaya sihat, panjang umur dan selamat dunia akhirat buleh disampaikan pada tiap-tiap saat.

Dapur tak berasap tanpa emak, rumah tak berkemas kalau takde emak, pagi tak bersarapan kalau bukan emak yg sediakan, tengah hari, santapan petang, makan malam, cuci baju, semuanya tak terurus jika tiada emak. Walaupun sesetengah manusia buleh lakukan sendiri tanpa menyusahkan emak. Alhamdulillah. Namun jasa emak dari kecil, amat berharga.

Tangis kita dengan emak, sakit kita dengan emak tapi jangan lupa suka kita harus juga dengan emak. Ingatlah syurga seorang anak adalah di bawah telapak kaki Emak. :)

SELAMAT HARI EMAK.


nota lutut: sayang ayah jugak, amer jugak, kak sheda pon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...