Wednesday, January 25, 2012

Cerita dari hari tu sampai hari ni.

Lama tak update blog. Takde mood. Aku terlepas Konsert FT Island hari tu. So, takde rasa nak update blog. haha! Aku bohong. Sebenarnya Aku takde topik nak perkatakan. Lagipun aku sibuk study untuk final exam.

Buat pengetahuan semua (sape?) dah dekat 3 minggu aku cuti sem. Dah nak habis dah pun. Aku rasa aku baru je turun bas dari Muadzam dan jejak kaki kat JB ni. Alih-alih dah nak naik sem baru, juga sem terakhir aku di Uniten. Ok ni aku buleh cerita lain kali.

Actually, what am I doing during my 3 weeks holiday??

1. Belanja family makan ayam penyet. Hopefully emak dan ayah happy. Wanda tak cukup duit nak belanja makan mahal-mahal. Maybe one day insya'allah. Sempena birthday emak aku hari tu, aku tak dapat balik JB atas sebab final exam. Happy 58th Birthday emak. Wish emak panjang umur! Wanda sayang emak sangat!!

2. Belanja adik aku makan Pizza Hut. Sebab dia pun nak balik Nilai untuk start sem baru. So, apa salahnya belanja beliau. Sebenarnya aku yg terasa nak makan pizza. hikhik! Then beberapa hari selepas tu aku belanja kak sheda makan sushi King pulak. Oklah, ini pun aku yg nak makan. tiiiihehehe...

3. Keluar dengan kawan baik aku, Keciq. Takde perubahan, tetap kecik, tak besar-besar pun. kihkihkih! Then, lepak-lepak sekali dengan Cek Nana Namot , yang makin cantik aku tengok. Ape tips?

4. Keluar dengan Cek Anum. Kawan setaman, kawan sesekolah, kawan sekelas, kawan sebelah meja. kihkihkih! Rindu sangat beliau, sesungguhnya kami memang dah lama tak bertentang mata dan berbual dari hati ke hati, jiwa ke jiwa.

5. Keluar dengan cek Sarara. Wahh! cantiknya awak! Kenapa kawan-kawan aku ni semua makin besar makin cantik ni? Sempat Sara melayan kerenah aku shopping. tiiihehe.. Actually before tu kami lepak dengan kecik and the gang sekali. Tapi then aku ada hal sikit nak settlekan (shopping laa ape lagi!!) Then, cek Nana Namot datang jemput kami di Jusco. Thanks ek! hehe!

6. Ok sepanjang cuti ni aku jadi pemalas. Apsal ntah aku pun tak tau. Tidur lambat, bangun confirm lambat. Mengemas, mencuci pun kurang. haihh! Musim ke?? Kesian mak aku dapat anak macam aku. Change wanda change! Dah tahun baru dah ni. Oh lupa.. HAPPY NEW YEAR!!

7. Belajar bahasa jepun dengan kak sheda. Alhamdulillah now I can read and write japanese words. But taklah pandai sangat and tak selancar mana pun aku baca. Perlu banyak refer lagi.

8. Result? Alhamdulillah, lulus dengan cemerlang. Walaubagaimanapun, harus banyak fokus lagi untuk terus cemerlang dan gemilang.

9. Hmmm...

10. Ok dah cukup 10. Takde benda lagi dah nak cakap. Oh ok, Jumaat balik Muar. Hooray! Hooray! Ahad balik Muadzam. Hmm Ok bye!


Tuesday, January 17, 2012

Borak-borak Famili.

Emak: Lama lah tak makan KFC.
Wanda: Muak dah makan KFC.
Emak: Wanda dah selalu makan, sebab tu muak. KFC dengan McDonald mana sedap ek?
Wanda: KFC !
Emak: KFC dengan McDonald, Merry Brown lagi sedap.

(tiba-tiba)
Ayah: KFC, McDonald, dengan Merry Brown lagi sedap chicken delight.
Wanda: KFC, McDonald, Merry Brown dengan Chicken Delight lagi sedap A&W. perggggh!! sedapnya root beer float!
Emak: A'ah lah.
Ayah: KFC. McDonald, Merry Brown, Chicken Delight dengan A&W. Lagi sedap makan masakan kat rumah.
Wanda & Emak: ................................................... =.=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...