Wednesday, April 25, 2012

Aku, Waki dan Natsume. (Part 2)

"Hari tu...kau dan yomogi...berpelukan..di taman permainan, kan? Selepas tu, aku asyik terfikir je..Aku selalu jadi bengang bila kau bersama Yomogi. Aku jadi pening sampai tak tau nak buat apa." Di suatu petang, akhirnya Chiwaki cuba meluahkan isi hatinya kepada Natsume. Mungkin dia rasa berat sangat setelah lama dia pendamkan apa yang dia rasa, selepas saja dia terlihat Natsume dan Yomogi berpelukan di taman. Mengapa?

"Kau ni lembap la..Itulah apa yang dikatakan cemburu. sebenarnya kau suka kat Yomogi." kata-kata Natsume membuat Chiwaki bingung. "Apa?"

"Jadi kau nak buat apa? Kau nak luahkan perasaan kau kat Yomogi ke?"

"Eh? tidak ada la..."

"Agaklah. Lagipun kau kan dah reject dia. Aku cuma tak nak dia fikir banyak sangat tentang perkara ni." berlalu pergi.

...................................................................................
Suatu hari di rumah Natsume.

"Yomogi. Sekarang kalau kau tak nak hiraukan pun takpe. Aku faham. Tapi...hari tu waktu kau luahkan perasaan kau...Tolakan aku...aku tarik balik. Boleh ke?" 

"Maaf...yang tu memang tak boleh. Aku mintak maaf sangat. Sebab pada aku...segalanya dah berakhir." .......

"Mestilahkan..." Garu-garu kepala. "Tapi, aku...tak nak akhiri lagi semua tu. Sebab sekarang ni adalah perasaan aku yang sebenar." toleh.

"Aku balik dulu Natsume." melangkah pergi.

Ah...Kenapa Waki baru sekarang nak cakap? Perasaan aku masa tu dah lama luput dari hatiku. Sekarang nak suruh aku kembalikan perasaan itu? 

Hachhhhuuuumm !!!! "Alamak selsema la pulak." Selamba.

"Weh! Natsume....cepat lap!!!" 

Tuesday, April 10, 2012

Aku, Waki dan Natsume. (Part 1)

      Aku rasa aku tak patut luahkan perasaan. Sekarang aku dah rasa janggal dah nak berdepan dengan Chiwaki. Chiwaki mesti nak cuba berjauhan dengan aku. Silapnya aku. Aku mesti cuba seperti biasa.

         "Selamat pagi Chiwaki !!!"

         "Tak guna kau Yomogi. Kau buat aku terkejut!"

         "Untuk kasi semangat la. Bersemangat la sikit. Nampak macam mengantuk je." *lari*

        Susahnya, makin aku berlagak biasa, makin sakit dada aku. Chiwaki pun berlagak biasa je tadi. Aku juga harus begitu. Aku takkan sia-siakan persahabatan kita hanya kerana perasaan aku yg bodoh ni. Chiwaki, aku akan cuba pasungkan perasaan aku ni. Aku rasa Chiwaki mesti dah lupa tentang perasaan aku ni. Maknanya perasaan aku tidak langsung berbekas di hati Chiwaki. Kejamnya Chiwaki! Eh aku takkan berfikiran macam tu, demi persahabatan kami. Aku yg kejam, kerana perasaan aku ni, aku khianati persahabatan kami. Aku akan cuba pasungkan perasaan aku ni. Yomogi BOLEH !

          *Petang semalam*
           "Kau tu dah ada ke?"

           "Ha?"

           "Orang yang kau suka?"

            "Manalah nak ada. Dari dulu sampai sekarang hidup aku hanya untuk besbol je. Perempuan paling rapat dengan aku pun takde siapa lagi selain kau. Kau dah ada orang kau suke ke?"

             "Eh? Ada. Err, sekarang pun aku suka dia lagi."

             "Betul ke? Siapa?"

             "Waki..." Senyap. "Tau tak aku pun suka kat kau jugak?" Chiwaki................

             "Tapi suka tak bermakna kita kena dating, jalan pegang-pegang tangan, peluk-peluk. Takkan la kau fikir semua perkara tu akan jadi antara kita berdua kan?"

               "Ehh? Err..ye! Ini takkan terjadi."

Jadi apa maksud suka yang kau cakap tadi...............

nota lutut: adaptasi dari komik "Yomogimochi Yaketta" By Arai Kiyoko. One of my favorite shoujo manga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...