Saturday, December 3, 2011

Luhur Maal Hijrah.

Salam Maal Hijrah. Salam perubahan.

Luhur Maal Hijrah bertempat di Auditorium UNITEN Muadzam Shah, Pahang, aku hadiri bersama beberapa orang rakan. Dengan tujuan menimba ilmu sambil menenangkan hati yg dibelenggu tekanan. Hijrah yg bermaksud perpindahan, meninggalkan, perubahan, membuka mata, hati dan minda aku tentang sucinya agama islam. Allah tidak pernah menolak taubat manusia. Malah Dia menunggu hambanya berubah dan kembali ke pangkal jalan. Forum Maal Hijrah kali ini, memberi aku kesedaran dari dalam diri. Insya'allah akan aku terapkan kesedaran ini menjadi amalan hingga akhirat. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yg penuh dengan dosa dan sentiasa dalam keadaan memperbaiki kelemahan diri sendiri. Semoga aku diberikan hidayah. Amin.

nota lutut: Terima kasih kepada sheqa dan zaff yg mengajak aku menghadiri majlis sebegini. Alhamdulillah. =)

Project Paper Presentation.



Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun ada data yg perlu aku perbetulkan but overall is okay. Alhamdulillah. Ringan bahu aku sikit bila kerja yang ditanggung selesai satu. Semoga result pun okay jugak. Thank you untuk kawan-kawan yg banyak membantu. Advisor and lecturer-lecturer lain yg banyak memberi hikmat nasihat. Mak, ayah, kak shida, amer dan wan yg banyak bagi support kat aku. Terima kasih. Syukur syukur, Alhamdulillah aku ada korang. =)




2PM Hands Up Asia Tour in Malaysia.



I wanna share more my memory my photo with all the readers. Tapi banyak sangat. On 25 November, it was a happy day for me. un-sangka-able! aku dapat jumpa 2PM buat kali pertama. It was my happy memory, walaupun before ni aku pernah je jumpa BEAST. But it is quite different. Aku tak pernah jangka yg aku akan pergi ke Konsert yg macam ni. Aku lompat, aku jerit, aku menyanyi. Cara-cara untuk menghilangkan stress yg sangat berkesan. Enjoy bebeh! I love 2PM so much. >.<


Monday, November 21, 2011

The Trip With Love



A few days ago (17-18 nov) aku join the trip untuk subject Derivatives Market. Pada mulanya aku malaslah sangat nak pergi, sebab fikirkan kerja yg berlambak-lambak yg nak kena buat, then aku kena study untuk midterm and final exam one month akan datang plus project paper yg bertangguh. Seriously aku tak suka pergi trip mana-mana kalau aku rasa memang aku tak nak jalan-jalan. Walaubagaimanapun trip kali ni adalah wajib, 5% daripada carry mark. So, aku nampak ia sangat penting!

Sangat seronok. Kenangan manis sebelum aku tamatkan pelajaran aku kat UNITEN and maybe its a last trip. Sebab sem depan adalah final sem aku, and there are no trips lagi. Kenangan atas bas, and kat semua tempat kami pergi. Sangat buat aku happy and I will miss the trip. Sayang sekali hidup ini hanya sekali. There no more trips, no more university haha!. and there are no more friends macam dia orang. Mungkin ada trip lain tapi mungkin takde trip macam ni. Lawatan sambil belajar hanya terjadi semasa kita belajar. Memang susahlah kalau nak buat lawatan sambil belajar macam ni once kita dah tak rasa nak lanjutkan pelajaran. I will gonna miss this trip!



Thursday, November 10, 2011

Make it short.

1. Selamat hari raya aidiladha. Semoga hari esok lebih sempurna berbanding dgn hari kelmarin.
2. Sorry lambat wish for hari raya. Ok takde sape kesah pon.
3. Happy Birthday to Nabil Hakimi and G.O. Sayang kamu! muahh!
4. Aku tengok Alamak toyol hari tu. Okaylah not bad.
5. I got a new wallet. Yg aku idamkan tu. Kak shida belikan. Thank you so much sis!
6. bye!

Saturday, November 5, 2011

Beg.



Ok post aku hari ni ade gambar khas. Bukan terus dari handphone tapi dari lappy. Al-maklumlah handphone jenis baling anjing mati, so takde kamera. Jadi aku berkeputusan ambil gambar guna webcam je.

First of all maaplah, gambar tak berapa nak terang. Asal ade! Ini gambar beg yg baru je aku beli kelmarin. Patotnya bukan beg ini yg hendak aku beli. Setelah sekian lama aku meng-aim beg kat satu kedai yg terletak di Sutera Mall ni dari minggu lepas. Alih-alih aku datang minggu ni, beg tu dah takde. Sedih! Walaubagaimanapun, aku tetap nak beli beg. Atas sebab beg aku yg selalu aku pakai tu dah nampak buruk. So, dalam banyak-banyak beg kat kedai tu, aku berkenankan beg ini. hehehe suka!

Dalam pada aku jalan-jalan dgn member kesayangan aku, zaff namanya. Kami terpegun dgn wallet kat satu kedai menjual wallet dan aksesori wanita. Haishhh cantik sangat. Murah pun murah. Tapi kenapalah aku berat sangat nak beli masa tu. Atas dasar kocek pepes. Ada je duet walaupun tak banyak mana. Nampaknya, mungkin lain kali. Sabar cek wanda, sabar.

nota lutut: ikut hati mati, ikut rasa binasa. Ikut akal cekal. =)

Tuesday, November 1, 2011

Aduh lupa nak tulis tajuk!

Okay, ramai mesti tak ambil tau kenapa aku dah lama tak update blog. Takpe la, tak nak tau pon takpe. Meh Aku bagi tau erk. Handphone kesayangan aku meninggal dunia lepas raya hari tu. Jadi takde gambar yg aku nak upload nak share pada followers blog aku. So, tiap kali aku update new post takde gambar yg diambil khas dari aku. sedih! Tu yg takde mood nak update blog. Tapi hari ni berbeza, bukan pasal dah ade handphone baru. Handphone aku still kokak takde camera pon. Takpe asal ade handphone. Sebabnya ialah aku baru terfikir buleh je kalau aku update blog guna gambar terus dari laptop atau search di google. Macam ni.


Gambar ni memang takde kena-mengena dgn post kali ni. Saja je nak share and bagitau yg aku ambil gambar ni teros dari Lappy kesayangan. So, jika ada kelapangan, aku akan update blog aku ni. Gambar? Tak usah risau lagi. hehe!

nota lutut: Tajuk di atas di ambil setelah aku dah publish baru perasan yg title lupa nak tulis. Gila! Tak tulis pon takpe sebenarnye.

Thursday, September 8, 2011

Ceciter Indon.

(Tetiba masuk) Rupa-rupanya setiap hari, 3 sinetron wajib aku tengok.
Cinta Fitri pukul 12.30 tgh hari kat TV9.
Amanah dalam Cinta pukul 2.00 ptg kat TV3.
dan Nikita pukul 5.30 ptg kat TV9.

Sebenarnya secara tak sengaja aku mengikuti cerita2 indon ni. Mak akulah ni yg ikut, dah aku pun join sekaki. Aku bukan minat sgt pun tengok cerita2 sinetron indon ni. kejap2 zoom in dekat muka2 pelakon tiap2 kali babak terkejut or suspen. Pastu yg orang kaya kerja asyik mengkeji orang miskin, kononnya tak setaraf. Yg miskin pulak ditindas habis-habisan, kononnya bersabar. Padahal bodoh. Sabar pun ada tahap, ni bukan zaman nabi. Ada part bila miskin pulak jahat, jadi orang suruhan org kaya pulak. Dengan niat nak rampas harta si kaya yg baik hati. Cewek2nya cantik. Hero2nya pulak naseb baek hensem, tapi selalu ikut cakap emak yg bersifat bongkak.

Tapi walaubagaimanapun, ada jugak sinetron yg aku minat nak tengok. Tasbih Cinta dan Sejuta Cinta Marshanda. Tu pun sebab hero2 dia hensem. Telan jek lah kalau hero di lembab. haha!


nota lutut: lama tak tengok muka Jojo, Rafi & Delvin. hmm..

Tuesday, September 6, 2011

Syawal 2011.



Salam Aidilfitri buat seluruh umat islam.
Bagi yg mengenali aku, harap dimaafkan jika ada salah silap.
Termakan, terminum, tersasul yg bukan2. tersinggung hati.
dan maaf sangat2 jika ada terambil harta.
Janganlah segan-silu, meh la mintak balik.
Kalau buleh aku pulang, aku pulangkan =)



nota kaki: ni dah nak masuk raye kelapan, baru nak ucap selamat. heee

Monday, August 15, 2011

Exams!












...................................................

EXAM WEEK.
EXAM SICK!

Friday, August 5, 2011

Salam Ramdhan al-Mubarak



Ramadhan tiba lagi. Kali ini ramadhan jatuh pada hujung semester dan menyebabkan aku kenalah berpuasa semase menjalani peperiksaan akhir semester tak lama lagi. Hmm..takpelah, mungkin dugaan puasa, dugaan exam jugak.

First of all, Salam Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat islam yg berpuasa dan yg tak berpuasa jugak. hee~ Maaplah lambat siket update blog kali ni. Tak sempat, banyak kerja. Dah akhir-akhir tahun ni, masa makin suntuk, kerja pun berlambak. Silap aku jugak, tak prepare dari awal. Dan tak lama lagi aku akan menjalani final exam pulak.

Ada rahmatnya exam di bulan ramadhan. Bimillahirahmanirahim. Semoga doa aku lebih diberkati, sempena bulan baik macam ni. Semoga diterima, kekalkan hatiku takwa dan ikhlas kerana-Nya. Bagi umat islam, tabah jalani ibadah puasa. Jaga kata-kata, jaga segala tingkah. Amalan dengan harapan dipertambah. Amin.


nota lutut: Nak emakkkkk~ Nak ayahhhh~ Nak Kak shidaaaa~ Nak amerrrr~

Saturday, July 16, 2011

Its all ends.



Finally, Harry Potter temui jalan keluar bagi menghapuskan Voldemort. Setelah beberapa siri Harry diganggu oleh si Jahat Voldemort. Sakit hati aku tengok muke voldemort. Kejam! Maap emosi sekejap.

Sambung semula, ok aku kasik 5 stars out of 5 untuk siri kali ni. Yelah dah nama pun yang last kan. Sakit hati aje lah kalau tergantungkan. Maap beremosi lagi. Fine selain Hermionie and Ron yg banyak membantu Harry Potter sebagai hero dalam cerita ni. Dah nama pun cerita Harry Potter kan takkan Draco Malfoy pulak heronya. Ok sambung, Neville Longbottom menjadi hero pembantu kali ni.

Oklah. Aku tak nak memanaskan hati bagi sesiapa yang belum tengok cerita ni. Cerita ni pon baru keluar semalam. So, berkejar-kejarlah ke panggung berdekatan. tiiihehe ~

Usai, alhamdulillah.


Setelah berminggu-minggu akhirnya, selesai juge project proposal aku. Lepas satu kerja. Dan Alhamdulillah presentation berjalan lancar seperti kehendak-Nya. Syukur syukur sangat kerana dipermudahkan urusan dan dilancarkan lidah. Lepas ni, aku buleh buat kerja-kerja yg lain dengan tenang tanpa tekanan. Alhamdulilah lagi sekali. =)

nota lutut: JB here I'm back!!

Tuesday, July 12, 2011

Futsal part 2.



Wasabi


Wasabi Extra Hot

Dalam entri ni aku tak nak banyak cakap, bukan ramai yg rajin nak membaca kalau aku tulis panjang lebar sekalipun. Gambar2 yg di-upload pon cukup menerangkan segalanya. BTW aku sangat happy terlibat dalam futsal dengan akak-akak ni semua. They're kind of happy-go-lucky people. Sangat sempoi. Aku enjoy, walaupun team wasabi extra hot tak bernasib baik bila tewas dalam perlawanan group. However, congratulations to Wasabi team kerana layak masuk ke Semifinal. Walaupun tak dapat terus ke final. As a supporters, proud of you guys. Dalam masa sebulan korang dah sampai ke tahap tu. Syukur Alhamdulillah.

Hope, semester depan kami dapat meneruskan perjuangan Wasabi dan wasabi extra hot. Insya'allah. Love you guys. Wasabi Hot! Wasabi Fighting!

Saturday, July 9, 2011

Futsal part 1.





Sejak dua-menjak ni, aku jadik active sukan. Kakak aku tau mesti dia muntah hijau. Bukan apa, dah lama gila aku tak bersukan. Dulu masa sekolah bukannya ahli sukan pon. Gediks! Tapi aku bahagia gila dengan life aku sekarang ni. Walaupun busy dengan assignment, kelas dan presentation, aku masih sempat lagi nak bersukan.

Sukan yg aku maksudkan sekarang ialah futsal!. Selepas kalah dalam perlawanan netball yg lepas, aku mencuba nasib dengan men-join-kan diri dalam futsal pulak. Dengan akak-akak yg sama. hehe! Besok (09072011) -lah perlawanannya. Jersey pun dah ditempah, oleh kerana no.8 telah di-cop oleh org lain. Aku memilih no.1 sebab masa tu yg terpike hanya no.1. Dan pada masa itu, aku memang tgh tengok perlawanan bola di TV. Smart bila tengok Khairul Fahmi menyarungan jerseynye bernombor 1. Walaupun aku tahu 1 adalah kepunyaan goal keeper. Apa-apa je lah!

So, goodluck wanda and the most important is enjoy your game! Enjoy your Life. Because Life is a game.


Sunday, July 3, 2011

During Concert.








  • Show begins with surprise birthday celebration untuk Doojoon. Selepas dua buah lagu dinyanyikan ~ Special and soom.
  • Kemudiannya, persembahan Shock dan beautiful kalau tak silap. .
  • Fan interaction ~ tak nak cite sgt sebab tak bertuah pon aku. buat sedih ade la.
  • Then show continue with interviewing Beast's members.
  • Proceed with Shock, Beautiful, Like you the best, Fiction, On rainy days, V.I.U dan Oasis.
Show yang sepatotnye 1 jam 1/2. Jadi 2 jam lebih. Seronok sangat, walaupun aku berdiri. For the first time, aku pergi tengok big concert macam ni, sangat berbaloi. Happy dan enjoy. Lain kali kalau berkesempatan mesti kena pergi. Love you guys so much B2ST.

Before Concert.







  • It's so suprising me bila tengok keadaan depan entrance sunway lagoon dah ade ramai b2uties yg dok siap beratur. Jam mase tu menunjukkan pukul 1.30 ptg/tgh hari. Aku ingat aku yg paling cepat. Sedih!
  • Pusing2 satu sunway pyramid kononnye nak cari hadiah untuk birthday doojoon. Ok, at last takde hadiah pun utk dia. Sorry baby. hehehe!
  • Sesampai je depan entrance, aku kene lukis play card untuk beast. Oleh krn kekeringan idea, aku hentam kromo je lukis utk dorang. Asal ade.
  • Then, beratur kat dalam kandang lebih kurang 2 jam gitu. Dengan panasnya lagi. Kalau perhimpunann sekolah dah lama kena maki. haha!
  • Finally, seperti anak-anak kambing keluar dari kandang. Tepat pukul 7.30 malam, berlari-larian ke depan stage (taklah depan sgt). Aduh dah macam apa. haha!

(be continue)

Monday, June 13, 2011

My little bro.



"Amer, I hope that you can learn in earnest there, congratulations and all the best bro!" You have made mak and ayah are happy and proud of yourselves, me and kak shida as well. Cook for me next time! =D

Monday, June 6, 2011

BJS.



Hari sabtu lepas, aku ke Bengkel jutawan saham yg diadakan di Persada Johor. Pada mulanya, aku malas nak pergi sebab aku memang lemah betul bab dengar ceramah ni. Baru mukadimah aku dah tidur. Tapi bila fikir-fikir balik, baik aku pergi sementara peluang aku ada. Sebenarnya benda ni ibarat rezeki aku jugaklah. Sebab orang lain kena bayar ratus ringgit untuk sertai bengkel tapi aku tidak. Bengkel free, makan free. Untungkan?

Actually bengkel ni bukannya totally ceramah. Dia mengajar aku apa itu saham? dan keuntungan serta risiko bermain saham. Alhamdulillah serba sedikit masuk jugak dalam kepala otak aku ni, taklah rugi sangatkan. Walaupun jasad aku je ada time dia mengajar aku tu, fikiran aku dah melayang ke mana ntah. But overall memang best la bengkel ni, even though aku pun tak berapa nak prepare sangat la sertai bengkel yg macam ni. But it seemed to be my experience.

Thursday, June 2, 2011

Netball.





Netball adalah satu-satu sukan yg aku tau main, selain aku pernah lumba lari, lompat jauh, badminton dan futsal. Walaupun aku taklah terer mana pun. Bukan star. Tapi takpelah asalkan aku bukan kaki bangku berbanding kakak and adik aku. haha! I'm soriiiii.

Sabtu lepas, UNITEN mengadakan Open Netball Tournament. Aku yg dah lama sgt2 tak main netball ni turut sertakan diri. Game pertama kami bermula pada pukul 8.50 pagi. Tapi awal2 pagi lagi kami dah bangun untuk berkumpul. Cuaca hari tu, punyalah panas. Sia-sia aku spend 3 minggu bercuti cerahkan kulit. Dalam satu hari je kulit aku dah kalah kulit bangla. hahaha! Dahlah dari azali aku ni memang berkulit hitam. But it's okay, aku tetap maintain sweet. haha!

Kemudian game seterusnya pada pukul 11.30 dan game terakhir kami lebih kurang pukul 2.30 petang, lawan dengan pelajar junior. Agak terkilan jugaklah kami bila dah kalah. Sebab kekalahan kami tanggung bukannya besar. Walaubagaimanapun, kami enjoy and tetap happy seperti biasa. Malam tu kami berfutsal dan berkaraoke, dah lebih gaya orang menang dah. haha!

Thanks to akak2 netball yg menjemput aku masuk team netball korang. I'm so happy and nice to know all of you. Korang sangat sporting dan best.


nota lutut: Bersukan gaya hidup lebih sihat.

Tuesday, May 17, 2011

Awal dan akhir.



Macam biasalah nota aku di awal kelas. Sungguh bersemangat. Semua aku catat. Pendek kata, takde satu pun lecturer bebel yg aku tak catat. Sampaikan lecturer berdehem pun aku tulis.


walaubagaimanapun, pada akhir kelas ~~ pepatah ada mengatakan "hangat-hangat tahi ayam". Awal kelas je yg bersemangat, rajin. Berazam tak nak sia-siakan setiap kata-kata lecturer. Semua penting, semua masuk exam. Kalau tinggal rugi, nangis guling-guling kata orang hindustan. Masa dulu nak jadi pelukis tapi mak suruh jadi accountant. Ginilah gayanya. Meja pun jadi tempat conteng. *jgn tiru perangai di atas, vendalism!

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Emak.



emak saya comel.

Post kali ni agak terlambat 3 hari, kerana hari ibu jatuh pada hari ahad yg lepas. Hanya post saja yg terlambat, namun aku tidak tertinggal untuk mengucapkan selamat hari ibu untuk emak pada sebelum, selepas dan pada hari ahad yg lepas (selamanya dunia akhirat). Ucapan selamat untuk emak tidak pernah akan lambat 1 atau 2 atau 3 hari. Ucapan selamat atas kesejahteraan emak, doa supaya sihat, panjang umur dan selamat dunia akhirat buleh disampaikan pada tiap-tiap saat.

Dapur tak berasap tanpa emak, rumah tak berkemas kalau takde emak, pagi tak bersarapan kalau bukan emak yg sediakan, tengah hari, santapan petang, makan malam, cuci baju, semuanya tak terurus jika tiada emak. Walaupun sesetengah manusia buleh lakukan sendiri tanpa menyusahkan emak. Alhamdulillah. Namun jasa emak dari kecil, amat berharga.

Tangis kita dengan emak, sakit kita dengan emak tapi jangan lupa suka kita harus juga dengan emak. Ingatlah syurga seorang anak adalah di bawah telapak kaki Emak. :)

SELAMAT HARI EMAK.


nota lutut: sayang ayah jugak, amer jugak, kak sheda pon.

Monday, April 4, 2011

We care. I care.



Selepas berita Jepun dilanggar ombak besar (Tsunami) 11 march hari tu, apa yg terfikir di kepala otak aku ialah artis2 jepun yg menjadi kegilaan aku. haha! Terokkan? Tapi itu yg aku fikir, tak baik nak berselindung. Tapi dari segi tersiratnya, aku ambil berat jugak tentang bencana yg menimpa jepun. Negara yg aku berangan-angan nak pergi tu. Alamatnya kenalah tangguhkan niat aku tu plus duit pun masih tak cukup nak merantau kat sana. heee!

Lepas je kejadian tu, aku dah tak tau apa jadi kat jepun dan penduduk2 kat sana. Menurut berita kat TV time awal2 kejadian, Tsunami yg melanda Jepun memusnahkan Tokyo, Sendai, Fukushima, Iwate dan byk lagi kawasan2 yg berdekatan. Byk rumah yg terbakar, musnah, hanyut, hilang macam tu je. Ramai yg mati lemas, terhempap bangunan, tertimbus. Tragis!

Setakat tu je yg aku tau tentang Tsunami yg menimpa Jepun. Kemusnahan, kematian, kehilangan yg terjadi mungkin semuanya ada hikmah. Imbas semula, Tsunami di Acheh yg melibatkan kehancuran sebahagian dari Malaysia juga banyak hikmah. Sesungguhnya Allah Maha Adil dan berkuasa, kita sebagai hamba-Nya akan sentiasa diingatkan oleh-Nya mudah-mudahan tidak alpa dengan syurga dunia yg sementara. Astagfirullahalazim, jauhkanlah.


nota lutut: Pray for Japan. Amin.

Tuesday, March 22, 2011

Preparation.

preparation for final.
first paper.
management information system.



second paper.
financial markets and institution.

third paper preparation??
huh?!



babye Macro! balik dulu.
(percaya pada diri ~~
dengan harapan dan keyakinan ~~)


Tuesday, March 15, 2011

Dalam pantang.


Lepas sebulan baru nak update blog kan. Memang amek masa lama lah nak ade mood nak meng-update blog plus busy gile dgn assignment dan study. Mentang2 final exam pun nak dekat. Minggu depan je. Semua datangkan tak sempat nak buat.

Tapi satu je yang sempat nak buat. menonton k-dorama. Ni nak study ni, sempat aje tengok korea satu episod kejap. Kononnya warm up before nak study la. So, taklah jadik stress sgt. Lepas tu study,tersipu2 senyom sendiri bayangkan muka hero dalam drama tu. Study sekejap lepas tu mengeluh penat. Stop rehat kejap, tapi tersipu2 tu masih tak hilang lagi. Lepas tu sedap berangan, tertido. Conclusionnya, tak study lah.

Haihh! Tak tau macam mana nak sembuh dari penyakit berangan ni. Dah lah tengah dalam pantang (study week + exam week). Nak tak nak kena nekad stop tengok drama dulu. Cuti sem sambung balik. Hmm................... (impossible)

Kemaruk



senantiasa bermain di telinga aku dan budak2 rumah.
naik kemaruk.
bawak2 la study ek.
(-_-")




nota lutut: woong ahh~ nomu nomu nomu cho-ah!

Wednesday, February 16, 2011

Heartbreaker (part 2).



.................
if you love something let it go,
if it comes back to you it's yours,
if it doesn't, it never was,
and it's not meant to be.
..................

Wednesday, February 2, 2011

Norm.



One's first love is always perfect until one meets one's second love.
- Elizabeth Aston



Friday, January 7, 2011

Sesak. Senak.



Fikir2 balik, bagus jugak sibuk dgn assignment, kuiz dan exam macam yg aku tanggung sekarang ni. Akal pun aktif. Ilmu masuk. Bukan senang nak dapat peluang belajar macam ni. Kalau duduk diam aje, ini macam buleh cram otak. Eceh! Mak dgn ayah baca blog ni mesti bangga. Eh apasal rasa macam poyo jek entry kali ni. Sudahlah! Nak study. Tata.


nota lutut : Diatas adalah drama semata-mata. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...