Thursday, August 29, 2013

Orang dah update blog ni.

Assalamualaikum. Ngadap laptop aku malam nih. mentela'ah blog kengkawan yg dah lama tertinggal, sambil meng-update blog sendiri yg dah berlapok dgn cerita lama. kawan-kawan blog lain masih lagi tidak berhenti bercerita dengan kisah masing-masing yg sentiasa up-to-date. aku je yg baru nak keluarkan cerita aku.

So then aku update blog malam nih. aku berhenti menaip ni sejak laptop aku dipinjam dan dibuat "atok" oleh adik aku sendiri, plus nak guna laptop kakak aku untuk update entry baru tapi... perghhh gila lembab. sebab tu aku tak dapat nak update selalu, frust!! 

actually bole je aku update blog melalui henpon pintar aku.. tapi macam takde feel-lah nak menaip kalau tak pakai keyboard laptop... hu hu.. termasuk entry kali nih, baru 4 entry aku update untuk tahun nih., sedih-la-haii.. walaubagaimanapun, aku masih usaha mencari masa untuk membersihkan habuk dan sawang pada blog aku nih.

atas sebab, mak aku dah bising aku tak tido lagi, plus beliau dah bangon berkali-kali ingatkan aku supaya tido awal. bukan apa, aku kena bangon se-awal suboh untuk berjalan ke Bangi pada esok hari atas urusan kerja. aku matikan cerita aku kali nih.. macam gini je lah.

*gambar aku mengular siang tadi, ke Ogawa mengurut kaki*

sampai bertemu di lain entry. bye bye Selamat malam, tidur nyenyak. ke ke ke..


Monday, July 8, 2013

menceceh menceceh

Assalamualaikum! Apa kabo sedara-sedari? Ucapan maaf lagi aku hulurkan entah untuk yg ke-berapa kali agaknya, dah lama sesangat tak update blog. Bukanlah disengajakan. Lepas kerja kat tempat baru ni, aku ibarat takde life luar. Bukan saja pada blog saja aku takde masa. Pada diri sendiri pon "langsung" aku takde masa. Kesian kan? huu..

Pejam celik pejam celik dah 5 bulan aku kerja dekat EASY RHB. Lebih kurang tempoh tu jugak aku tak jengok blog, apatah lagi meng-update entry-entry baru. Padahal banyak sangat perkara yg aku nak kongsi bersama semua. Ada ke tak ada orang nak baca, itu belakang kira.

So, apa demam-nya aku harini nak update blog? Sebenarnya kalau ikutkan malas aku nak update blog sebab aku balik rumah harini dekat pukul 12.30 tengah malam. Tapi masuk-masuk je pintu rumah, laptop kakak aku dah tertonggoh kat atas meja ruang tamu. Aku pandang beberapa kali sambil kepala berpusing-pusing memikirkan patut aku on balik ke tak laptop kakak aku nih. Rasa nak update blog walaupun otak aku ni sebenarnya sudah pun ketandusan idea. *rindu nak update blog sebenarnya*

Finally, taddaa!! Aku on weh laptop kakak aku. Mata dah letih sangat sebenarnya. Esok aku kerja pagi pulak tu. Aku harap sangat esok kakak aku tak bawak kereta pergi kerja, atas sebab aku kurang suka naik bas. Malas aku nak menceceh panjang kenapa aku tak berminat sangat nak naik bas. So please please please lah sheda! Jangan-lah ko pergi kerja bawak kereta.

Okay malaslah nak mengarot pepanjang.. mana ada idea nak tulis ni.. tengok-lah kalau sempat nanti aku update lagi.. tak janji-lah esok.. takot tak ter-update nanti, buat dosa je aku buat janji palsu.. 

Nah jamulah mata tu dengan gambar di bawah. Bagi cantik sikit entry aku nih, dari baca tulisan je. Boghing nanti.. huuuhu

Famili baru, kawan baru, hidup baru.

nota lutut : oh mama saya mau kawen! tetibe...




Monday, March 4, 2013

Comeback (kawan-kawan baru)

Assalamualaikum! pertama-nya aku nak mintak maaf kepada semua bloggers dan blogwalkers yang rajin singgah ke blog aku (ada ke?), oleh kerana aku dah lama tak update blog... bukan apa, aku takot mana tau ada followers yang follow blog aku nih, rasa menyesal pulak follow blog aku yang tak ber-update..

Sebenarnya aku baru saja berhenti kerja, dan mula bekerja di tempat baru.. Alhamdulillah rezeki tahun nih bertambah lagi... aku tinggalkan dunia seluar jeans (BUM Jeans) dan memasuki dunia perbankan (EASY BY RHB)... bole lah dikatakan kerja yang aku idamkan... moga dipermudahkan urusan..

Nak cerita sikit mengenai training aku yang sangat sangat best... ha ha ha... aku dikehendaki menyertai training untuk ujian pengambilan lesen insurans selama dua minggu... mula-mula terasa lama, tapi last-last rasa nak panjangkan lagi masa.. kenapa? ni yang nak cerita...

Mula-mula aku melangkah masuk dalam hostel RHB bank... aku rasa nak balik sangat-sangat... bukan apa, orang lain semua ada roomate... aku sorang je takde.. takot jugak dudok dalam bilik hostel sorang-sorang.. tapi tu cuma mula-mula... lepas beberapa hari aku tinggal di situ... aku berjumpa dgn ramai kawan-kawan dari setiap pelusuk Malaysia... termasuk Sabah Sarawak kauuuu...

bila dah jumpa kawan-kawan satu kepala nih.. kelas training yang boring tu pon rasa nak pergi... ha ha ha... so, oleh kerana training aku tu termasuk dengan cuti raya cina... then pada hari cuti tu, kami keluar ramai-ramai... pergi shopping, tengok wayang, jalan-jalan, lepak-lepak kat Putrajaya sampai 3,4 pagi... kenal diri masing-masing... dan yang paling best sekali karaoke... aku mula rapat sampai hari last sekali nak balik negeri masing-masing, rasa berat hati dan sedih sangat... 

 kami 7 sekawan (Lan, aku, pa'an, fiza dan kak dayah)
tak cukup lagi 2 orang.. mana ntah beliau berdua pergi..

 girlfriends.. haaa ni lagi sorang, ziera (baju merah nyalaaa)

sebahagian dari classmates.

maka tanpa membebel panjang (aku nak matikan cerita nih)... aku doa sangat-sangat sampai satu hari nanti aku dapat jumpa dorang nih semua especially kami 7 sekawan.. aku bersyukur sangat dapat berjumpa dan berkenalan dengan mereka-mereka... you all memang the best... training pon tak rasa macam training... berkawan dah seperti dah berkenalan lama... pengalaman paling membahagiakan hidup aku... thank you guys.. thank you Allah.. Insya'Allah ada jodoh, kita bole berjumpa lagi.. sayanggg korangggg!! lepas nih kita pergi trip ramai-ramai ek...MAKE SURE JUMPA!

nota lutut : bila dah lama tak mengeblog ni.. panjang lebarlah aku bebel... hu hu anyway sampai ke-habis aku takde roomate kau tauuuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...