Monday, March 4, 2013

Comeback (kawan-kawan baru)

Assalamualaikum! pertama-nya aku nak mintak maaf kepada semua bloggers dan blogwalkers yang rajin singgah ke blog aku (ada ke?), oleh kerana aku dah lama tak update blog... bukan apa, aku takot mana tau ada followers yang follow blog aku nih, rasa menyesal pulak follow blog aku yang tak ber-update..

Sebenarnya aku baru saja berhenti kerja, dan mula bekerja di tempat baru.. Alhamdulillah rezeki tahun nih bertambah lagi... aku tinggalkan dunia seluar jeans (BUM Jeans) dan memasuki dunia perbankan (EASY BY RHB)... bole lah dikatakan kerja yang aku idamkan... moga dipermudahkan urusan..

Nak cerita sikit mengenai training aku yang sangat sangat best... ha ha ha... aku dikehendaki menyertai training untuk ujian pengambilan lesen insurans selama dua minggu... mula-mula terasa lama, tapi last-last rasa nak panjangkan lagi masa.. kenapa? ni yang nak cerita...

Mula-mula aku melangkah masuk dalam hostel RHB bank... aku rasa nak balik sangat-sangat... bukan apa, orang lain semua ada roomate... aku sorang je takde.. takot jugak dudok dalam bilik hostel sorang-sorang.. tapi tu cuma mula-mula... lepas beberapa hari aku tinggal di situ... aku berjumpa dgn ramai kawan-kawan dari setiap pelusuk Malaysia... termasuk Sabah Sarawak kauuuu...

bila dah jumpa kawan-kawan satu kepala nih.. kelas training yang boring tu pon rasa nak pergi... ha ha ha... so, oleh kerana training aku tu termasuk dengan cuti raya cina... then pada hari cuti tu, kami keluar ramai-ramai... pergi shopping, tengok wayang, jalan-jalan, lepak-lepak kat Putrajaya sampai 3,4 pagi... kenal diri masing-masing... dan yang paling best sekali karaoke... aku mula rapat sampai hari last sekali nak balik negeri masing-masing, rasa berat hati dan sedih sangat... 

 kami 7 sekawan (Lan, aku, pa'an, fiza dan kak dayah)
tak cukup lagi 2 orang.. mana ntah beliau berdua pergi..

 girlfriends.. haaa ni lagi sorang, ziera (baju merah nyalaaa)

sebahagian dari classmates.

maka tanpa membebel panjang (aku nak matikan cerita nih)... aku doa sangat-sangat sampai satu hari nanti aku dapat jumpa dorang nih semua especially kami 7 sekawan.. aku bersyukur sangat dapat berjumpa dan berkenalan dengan mereka-mereka... you all memang the best... training pon tak rasa macam training... berkawan dah seperti dah berkenalan lama... pengalaman paling membahagiakan hidup aku... thank you guys.. thank you Allah.. Insya'Allah ada jodoh, kita bole berjumpa lagi.. sayanggg korangggg!! lepas nih kita pergi trip ramai-ramai ek...MAKE SURE JUMPA!

nota lutut : bila dah lama tak mengeblog ni.. panjang lebarlah aku bebel... hu hu anyway sampai ke-habis aku takde roomate kau tauuuu...

2 comments:

Anonymous said...

hahahha, bagus lah kalau kau jumpa dah apa yang kau idamkan.Aamiinn

Wanda Azahar said...

aminnnn.. kena keja betol2 lepas nih...doakan aku ek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...