Saturday, January 12, 2013

Macam terlambat.

Harini masok hari ke-12 untuk tahun 2013... Agak-agak macam terlambat sangat tak kalau aku ucap Selamat Tahun Baru sekarang nih? ha ha ha tak kisahlah... baru bulan Januari lagipon... Selamat Tahun Baru kepada semua bloggers dan blog-walkers...

aku cuba ringkaskan... hari-hari aku lalui pada tahun lepas terlalu banyak hingga meninggalkan impak mendalam.. aku hadapi beberapa fasa hidup.. berkenalan dengan orang-orang yang belum pernah aku jumpa sebelum nih dan sekarang mereka-mereka dah pon menjadi sebahagian dari hidup aku... kawan-kawan semakin hari semakin baru mengikut peredaran masa... kawan yang lama masih ada.. Alhamdulillah.. berdepan dengan pelbagai pengalaman dan cobaan demi cobaan... mengajar aku erti sebuah pengorbanan, penghargaan dan kekuatan... mendidik aku menghargai pada insan yang layak..

maka pada tahun ini, aku akan cuba baiki segalanya.. cuba jangan ulang lagi kesilapan.. lebih berhati-hati dan bijak menangani.. semoga lebih baik dari tahun lepas... pengalaman lepas jadi teladan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.. 

begitu juga pada semua... doa aku agar hidup korang-korang sentiasa dalam keadaan yang baik belaka =)

nota lutut : cehh! tak ringkas pon...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...