Wednesday, April 25, 2012

Aku, Waki dan Natsume. (Part 2)

"Hari tu...kau dan yomogi...berpelukan..di taman permainan, kan? Selepas tu, aku asyik terfikir je..Aku selalu jadi bengang bila kau bersama Yomogi. Aku jadi pening sampai tak tau nak buat apa." Di suatu petang, akhirnya Chiwaki cuba meluahkan isi hatinya kepada Natsume. Mungkin dia rasa berat sangat setelah lama dia pendamkan apa yang dia rasa, selepas saja dia terlihat Natsume dan Yomogi berpelukan di taman. Mengapa?

"Kau ni lembap la..Itulah apa yang dikatakan cemburu. sebenarnya kau suka kat Yomogi." kata-kata Natsume membuat Chiwaki bingung. "Apa?"

"Jadi kau nak buat apa? Kau nak luahkan perasaan kau kat Yomogi ke?"

"Eh? tidak ada la..."

"Agaklah. Lagipun kau kan dah reject dia. Aku cuma tak nak dia fikir banyak sangat tentang perkara ni." berlalu pergi.

...................................................................................
Suatu hari di rumah Natsume.

"Yomogi. Sekarang kalau kau tak nak hiraukan pun takpe. Aku faham. Tapi...hari tu waktu kau luahkan perasaan kau...Tolakan aku...aku tarik balik. Boleh ke?" 

"Maaf...yang tu memang tak boleh. Aku mintak maaf sangat. Sebab pada aku...segalanya dah berakhir." .......

"Mestilahkan..." Garu-garu kepala. "Tapi, aku...tak nak akhiri lagi semua tu. Sebab sekarang ni adalah perasaan aku yang sebenar." toleh.

"Aku balik dulu Natsume." melangkah pergi.

Ah...Kenapa Waki baru sekarang nak cakap? Perasaan aku masa tu dah lama luput dari hatiku. Sekarang nak suruh aku kembalikan perasaan itu? 

Hachhhhuuuumm !!!! "Alamak selsema la pulak." Selamba.

"Weh! Natsume....cepat lap!!!" 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...