Friday, June 22, 2012

Sempena EURO 2012 (part 1)


 
 euro cheese bread


Sekarang ni sepengetahuan semua dunia bola sepak sedang demam EURO. Boleh dikatakan bila fenomena bola sepak sebegini melanda, kedai-kedai mamak, kedai-kedai tomyam, dan kedai-kedai sewaktu dengannya akan dibanjiri dengan pesakit-pesakit demam bola sepak ni. Tak kiralah lelaki atau wanita, tua atau muda.

Bola dikatakan aku dan kakak aku pun salah seorang dari pesakit deman bola sepak. Kalau kami berkesempatan kami sanggup bersengkang mata nak menonton perlawanan bola pepagi buta tu. Namun selalunya TV lah yang menonton aku. hehehe What to do? 

Actually gambar roti kat atas tu sebenarnya jadi motif post aku kali ni. Semalam, aku temankan kakak tempat kerja aku ni nak pergi kedai. Then tiba-tiba aku rasa nak makan benda-benda ringan buat kudap-kudap. Lalu kami singgahlah di kedai SDS yang berdekatan. Roti ni lah yg aku jumpa!! Aku nampak je "EURO", aku terus ambil tanpa memikirkan rasa dia nanti bila makan. Mujurlah boleh tahan sedap jugak.

Ceritanya begitulah. Saja nak kongsi. Sempena EURO 2012 yang hangat ni, semua nak EURO. Roti pun nak EURO. Minggu lepas aku pergi Melaka dengan saudara-mara aku pun, jangan cakaplah kat Pahlawan Walk tu penuh dengan barang-barang EURO. Nasib iman kuat, kalau tak dah borong habis. hehehe.

nota lutut : Mesut Ozil. ^^

2 comments:

Anonymous said...

kudap-kudap..ayat dah macam manga,.

Wanda Azahar said...

eh kudap2 tu mmg ade dlm dictionary laaaa...minggu ni kua yok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...