Thursday, July 19, 2012

Rezeki Petang Rezeki Raya

Anyway tak sangka hari ni aku aktif semacam sampai 3 entry aku post... Kejap-kejap lagi belum tahu... Tetibe kang aku ada idea lain pulak nak post... Maklumlah dah kenyang dapat makan tengah hari tadi... Alhamdulillah. Apa nasi kukus? Bukanlah... Takde rezeki nak makan nasi kukus hari ni... nasi ayam je... syukurlah dari kelaparan. errrkkk maap!

So whatelse? Aku ngaku aku tengah gular sekarang ni. Apa lari dari kerja? Astaghfirullahazim. Apa pulak lari dari kerja. memang takde kerja lah. kalau buleh lari pon, mana je aku nak lari....

Cakap pasal rezeki kan... dari pagi tadi aku asyik sebut rezekiiiiii je... petang pon ada...Alhamdulillah...Sebenarnya rezeki ni datang setiap masa... Allah S.W.T sayang kita... diberinya kita rezeki tiap masa... cuma kita je tak perasan... tak syukur... buat tak nampak... tau merungut je... Aku pun kekadang macam tu... tipulah aku tak merungut. Tak manusia lah aku...

 

Rezeki sempena menyambut bulan puasa, juga rezeki untuk raya ni... aku syukur plus lega sangat... aku ditawarkan untuk bekerja sambilan di tempat aku praktikal sekarang ni UTMSPACE... Syukur lagi sekali... sempatlah aku nak mencari kerja lain sebelum aku diberhentikan dengan secara rasmi... Taklah aku digelar penganggur terhormat...

“Rezeki Allah itu meluas. Rezeki Allah itu sentiasa. Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya tidak kira siapa. Tidak kira bagaimana hamba-Nya" - wanda azahar
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...