Tuesday, March 20, 2012

Running Girl vs. Running man





Ada siapa-siapa pernah tengok variety show korea Running man tak? Pardon? Oh Takde siapa yg jawab. There! The group yg jadi guest utk the next episode. Haha! I'm joking. *ok takde siapa gelak*

Hari sabtu yg lepas, hostel tempat aku menetap sekarang ni held an event called Ladies Festival or La' Fest. So, aku memang tak pernah join event yg macam ni. Nak dijadikan cerita, tahun ni aku join games yg diadakan utk programme La' Fest ni. Running girl ala-ala Running man macam tu la. Penat plus seronok jugalah join benda-benda macam ni. Lagi-lagi group aku menang Second Runner. *Happy feeling* Buleh jadi a good memory before aku tinggalkan zaman Uniten ni. Tak pernah aku bergolek-golek kat atas rumput. Now I did it. Tak pernah aku berkasar dengan orang main tarik-tarik baju, kaki, tangan, semua, semata-mata nak tanggalkan nama orang kat belakang baju beliau. Now I did it. What a good experience kan? Sekurang-kurang ada juga benda yg menarik aku buleh ingat semasa aku kat Uniten.

Then petang tu, aku join sukaneka. Biasalah cari gula guna mulut dalam tepung, air dalam belon, music chair. That kind of games lah. Simple tapi aku kalah. Haha! Takpe lah, sekurang-kurangnya aku berpengalaman makan tepung mentah gitu je. Pui !!

Memori apa lagi agaknya before aku habis ni ek. Semoga terpahat sampai bila-bila dalam ingatan. Thank you for those yg buat event gini, and group members aku yg ajak aku join benda-benda macam ni. Thank you chics! ;)

Wednesday, January 25, 2012

Cerita dari hari tu sampai hari ni.

Lama tak update blog. Takde mood. Aku terlepas Konsert FT Island hari tu. So, takde rasa nak update blog. haha! Aku bohong. Sebenarnya Aku takde topik nak perkatakan. Lagipun aku sibuk study untuk final exam.

Buat pengetahuan semua (sape?) dah dekat 3 minggu aku cuti sem. Dah nak habis dah pun. Aku rasa aku baru je turun bas dari Muadzam dan jejak kaki kat JB ni. Alih-alih dah nak naik sem baru, juga sem terakhir aku di Uniten. Ok ni aku buleh cerita lain kali.

Actually, what am I doing during my 3 weeks holiday??

1. Belanja family makan ayam penyet. Hopefully emak dan ayah happy. Wanda tak cukup duit nak belanja makan mahal-mahal. Maybe one day insya'allah. Sempena birthday emak aku hari tu, aku tak dapat balik JB atas sebab final exam. Happy 58th Birthday emak. Wish emak panjang umur! Wanda sayang emak sangat!!

2. Belanja adik aku makan Pizza Hut. Sebab dia pun nak balik Nilai untuk start sem baru. So, apa salahnya belanja beliau. Sebenarnya aku yg terasa nak makan pizza. hikhik! Then beberapa hari selepas tu aku belanja kak sheda makan sushi King pulak. Oklah, ini pun aku yg nak makan. tiiiihehehe...

3. Keluar dengan kawan baik aku, Keciq. Takde perubahan, tetap kecik, tak besar-besar pun. kihkihkih! Then, lepak-lepak sekali dengan Cek Nana Namot , yang makin cantik aku tengok. Ape tips?

4. Keluar dengan Cek Anum. Kawan setaman, kawan sesekolah, kawan sekelas, kawan sebelah meja. kihkihkih! Rindu sangat beliau, sesungguhnya kami memang dah lama tak bertentang mata dan berbual dari hati ke hati, jiwa ke jiwa.

5. Keluar dengan cek Sarara. Wahh! cantiknya awak! Kenapa kawan-kawan aku ni semua makin besar makin cantik ni? Sempat Sara melayan kerenah aku shopping. tiiihehe.. Actually before tu kami lepak dengan kecik and the gang sekali. Tapi then aku ada hal sikit nak settlekan (shopping laa ape lagi!!) Then, cek Nana Namot datang jemput kami di Jusco. Thanks ek! hehe!

6. Ok sepanjang cuti ni aku jadi pemalas. Apsal ntah aku pun tak tau. Tidur lambat, bangun confirm lambat. Mengemas, mencuci pun kurang. haihh! Musim ke?? Kesian mak aku dapat anak macam aku. Change wanda change! Dah tahun baru dah ni. Oh lupa.. HAPPY NEW YEAR!!

7. Belajar bahasa jepun dengan kak sheda. Alhamdulillah now I can read and write japanese words. But taklah pandai sangat and tak selancar mana pun aku baca. Perlu banyak refer lagi.

8. Result? Alhamdulillah, lulus dengan cemerlang. Walaubagaimanapun, harus banyak fokus lagi untuk terus cemerlang dan gemilang.

9. Hmmm...

10. Ok dah cukup 10. Takde benda lagi dah nak cakap. Oh ok, Jumaat balik Muar. Hooray! Hooray! Ahad balik Muadzam. Hmm Ok bye!


Tuesday, January 17, 2012

Borak-borak Famili.

Emak: Lama lah tak makan KFC.
Wanda: Muak dah makan KFC.
Emak: Wanda dah selalu makan, sebab tu muak. KFC dengan McDonald mana sedap ek?
Wanda: KFC !
Emak: KFC dengan McDonald, Merry Brown lagi sedap.

(tiba-tiba)
Ayah: KFC, McDonald, dengan Merry Brown lagi sedap chicken delight.
Wanda: KFC, McDonald, Merry Brown dengan Chicken Delight lagi sedap A&W. perggggh!! sedapnya root beer float!
Emak: A'ah lah.
Ayah: KFC. McDonald, Merry Brown, Chicken Delight dengan A&W. Lagi sedap makan masakan kat rumah.
Wanda & Emak: ................................................... =.=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...